MBN Love Alert paparkan dua poster memukau gandingan Yoo Eun Hye & Chun Jung Myung

Yoon Eun Hye semestinya sangat dinanti-nantikan peminat-peminatnya baik dari seluruh dunia selepas mempamerkan lakonan mengujakan menerusi drama MBC Coffee Prince dan MBC Princess Hours. KBS Mirae’s Choice ialah drama terakhir beliau sebelum beliau memilih untuk berehat seketika.

Kali ini, pemenang Best Actress Paeksang ini akan bergandingan dengan Chun Jung Myung untuk siri terbaru terbitan cenel MBN berjudul “Love Alert” atau dikenali sebagai “Fluttering Warning”.

Ditulis oleh Kim Shin Hye yang diadaptasikan daripada novel web nukilan Seo Han Kyul dengan judul yang sama , ia berkisarkan tentang seorang dermatologis, Cha Woo Hyun yang sangat popular dalam kalangan wanita dan gadis-gadis muda. Satu hari, dia secara tak sengaja bertemu dengan Yoon Yoo Jung (dibintangi oleh Yoo Eun Hye) yakni seorang aktres terkenal. Keadaan yang tak diduga berlaku di mana mereka terjebak di dalam skandal, mendesak mereka untuk menandatangani kontrak cinta. Mereka mesti berpura-pura bercinta bagi memuaskan hati ‘public’. Pelakon Han Go Eun akan menjadi pengurus Yoo Jung dan akan memastikan skandal aktres itu tertutup.

Pada hari ini, pihak produksi MBN mengeluarkan dua poster rasmi.  Chun Jun Myung dan Yoo Eun Hye dilihat berpegangan tangan sambil mesej yang tertera, ” Memesongkan…Satu petanda yang mengiakan takdir seseorang.” Chun Jun Myung dan Yoo Eun Hye terlibat dalam skandal di mana mereka terpaksa mengikat kontrak. Kemudian, poster berikutnya menunjukkan Yoon Eun Hye dan Chun Jun Myung selesa berpegangan bersama.

Menurut juru fotografi, “Mereka berdua telah menunjukkan kimia yang sangat memukau walaupun hanya bergambar untuk poster.”

MBN Love Alert akan disiarkan mulai minggu depan setiap Khamis dan Jumaat jam 11.00 malam waktu Korea. Anda juga boleh tonton drama ini menerusi platform Viki dalam masa 24 jam.
[fb_pe url=”https://www.facebook.com/MBNDRAMA/videos/1159509037546557/” bottom=”30″]

Sumber: sport chosun , OSEN 1 , OSEN 2

 

loading...