[Pena Kmania] Di mana ada BTS, di situ jua peminatnya menanti

Pada tahun 2017, BTS telah mengorak langkah melintasi sempadan imaginasi dunia K-pop dengan menjadi kumpulan K-pop pertama yang berjaya memecah masuk carta Amerika Syarikat. Mereka di nobatkan sebagai “The Only Kpop Artist To Top The Billboard 200 Album Charts”. Selain daripada Billboard Awards mereka juga mengadakan persembahan di Amerika Music Awards.

Malah langkah mereka bukan berhenti di situ sahaja, malah ianya terus membuka pintu rezeki dan peluang di rantau Barat apabila mereka menjadi satu-satunya kumpulan K-pop pertama memenangi anugerah Top Social Artist Billboard Awards pada tahun 2017 dan disusuli pada tahun berikutnya. Kemudiannya mereka di temu bual oleh saluran E! yang secara rasminya membuka ruang lebih luas untuk tampil di beberapa di skrin televisyen Amerika Syarikat.  Tak cukup dengan itu, mereka mula dihujani oleh jemputan demi jemputan oleh rancangan-rancangan tersohor Hollywood seperti The Late Late Show  With James Corden, Jimmy Kimmel Live!, The Ellen DeGeneres Show dan pelbagai lagi.

 

Ucapan Penuh BTS DI PBB

 

Setahun kemudian, mereka masih unggul dan begitu popular di Amerika Syarikat, dengan rangkaian Sold Out Tours, jemputan ke rancangan televisyen, malah mereka menggoncang dunia hiburan sekali lagi pada 24 September 2018 apabila muncul untuk memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (New York) untuk merasmikan satu inisiatif UNICEF yang diberi nama sebagai United Nation Youth 2030. Kempen ini bertujuan untuk memastikan setiap belia di dunia memperoleh pendidikan, pembelajaran, latihan ataupun pekerjaan menjelang tahun 2030.  RM sebagai wakil yang menyampaikan ucapan BTS memberikan suatu ucapan yang jujur, ikhlas dan berinspirasi yang mana beliau menekankan mengenai penerimaan diri sendiri dalam kalangan belia. Dengan kelihatan seperti rapuh sebelum ini, Nam Joon pernah mengalami kehidupan di mana beliau perlu memenuhi kehendak dunia sehinggakan beliau seolah-olah hilang petunjuk dan tidak lagi mahu meneruskan hidup. Beliau menekankan betapa pentingnya sebagai belia, untuk menyayangi diri sendiri dan ia hanya boleh berlaku sekiranya mereka menerima keadaan diri sendiri terlebih dahulu. Menurutnya lagi, belia juga perlu memperdengarkan suara masing-masing tanpa mempersoalkan siapakah diri mereka, dari mana asal usul, warna kulit, jantina dan identiti mereka. Hanya dengan ini, mereka boleh menyayangi diri mereka sendiri dan sekali gus mengakhiri ucapannya dengan isu keganasan yang kerap berlaku dalam kalangan belia. Penampilan di PBB ini meletakkan BTS sebaris dengan selebriti-selebriti seperti Angelina Jolie, David Beckham, Leonardo Dicaprio, Emma Watson dan Charlize Theron.

BTS Muncul Di The Tonight Show

 

Selepas penampilan mereka di PBB, BTS di jemput ke The Tonight Show starring Jimmy Fallon , yang mana mereka dinobatkan sebagai The Biggest Boyband In the Planet. Jimmy Fallon, turut memakai cekak rambut Chimmy dari BT21, yang mana mendapat reaksi istimewa dari pereka watak itu sendiri iaitu Jimin. Jimmy Fallon turut berseloroh menyatakan nama mereka seakan-akan sama. Bersama Jimmy, RM menjelaskan bagaimana beliau begitu gementar bahkan beliau begitu terketar-ketar sehingga jelas kelihatan di tangannya yang sedang memegang kertas ucapan. Secara peribadinya, penulis merasakan bahasa Inggeris ahli BTS lain juga semakin bertambah baik dan mereka kelihatan begitu selesa di kaca televisyen Hollywood. Sebelum mereka melakukan persembahan, RM sekali lagi menekankan betapa pentingnya untuk menyayangi diri sendiri dan untuk bersuara dalam kalangan belia. Pada masa yang sama, mereka turut mempromosikan album ketiga mereka iaitu Love Yourself: Tear.

How BTS Is Taking Over the World | TIME

Muka Depan Majalah Time

 

Belum lagi reda impak yang mereka bawa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka sekali lagi mencipta sejarah apabila muncul sebagai penghias muka depan majalah Time untuk edisi “Next Generation Leaders List”.  Berdasarkan laman web majalah Time bertarikh 10 Oktober 2018, RM begitu berbesar hati dijadikan wakil dalam menyebarkan budaya Korea di merata dunia. BTS turut menyentuh mengenai perkembangan kerjaya mereka dan juga impak yang dibawa oleh mereka sebagai salah satu artis paling popular untuk generasi masa kini. Pada masa yang sama, RM juga mengingatkan bagaimana belia perlu mencari jalan sendiri di dunia ini berdasarkan keinginan masing-masing dan bukan hanya di sebabkan oleh faktor sekeliling mereka.

 

Gambar di ambil dari akaun rasmi Instagram GSC “Something’s brewing, can you guess what it is? 😏#GSCMStories”

Kedua-dua peristiwa besar ini rata-rata mendapat sambutan yang amat positif dalam kalangan peminat BTS ataupun ARMY di seluruh dunia. Bahkan untuk mengatakan Army begitu bangga dengan kejayaan BTS adalah suatu “under statement”. Penulis berharap peminat BTS di seluruh dunia mengambil positif kata-kata RM dan menjadikan iktibar dengan kejayaan BTS. Penulis berharap kata-kata ini akan kekal di dalam hati peminat BTS dan menjadi pegangan hidup peminat dalam menempuhi dugaan di dalam kehidupan masing-masing. Akhir kata oleh penulis, penulis begitu teruja dengan satu posting Instagram oleh GSC, yang memancing para peminat BTS dengan menayangkan gambar BTS pasca temu bual oleh Graham Norton di BBC untuk mempromosikan album mereka dan BTS European Tour. Menurut jangkaan penulis, BTS akan mengeluarkan filem pertama mereka iaitu, Burn The Stage: The Movie yang akan ditayangkan pada November 2015. Horeeeyyyy.

ARTIKEL INI DITULIS PADA TAHUN 2018.

Sumber: Billboard   , The Washington Post, Cision PR Newswire, Time, The Tonight Show Staring Jimmy Fallon Youtube Channel