Nampaknya selepas lapan tahun, Lee Na Young sudah disahkan kembali ke skrin kecil menerusi drama baru tvN “Romance Supplement” bersama pemenang Popular Actor CARI Kdrama Awards tahun lepas, Lee Jong Suk yang telah pun mengesahkan pembabitannya sebelum ini.
“Romance Supplement” adalah sebuah drama bertemakan komedi romantis yang mengisahkan tentang kehidupan mereka diusia 30-an orang yang bertungkus-lumus menghasilkan novel, buku dan majalah berlatarbelakangkan kehidupan di syarikat penerbitan. Drama ini ditulis oleh Jung Hyun Jung yang pernah menghasilkan “I Need Romance” untuk tiga musim, “Discovery of Love,” dan banyak lagi. Manakala sutradara drama jtbc “Life on Mars” & tvN Good Wife – Lee Jung Hyo pula akan mengarahkannya.
Lee Na Young akan memegang watak sebagai seorang begitu bersemangat tinggi yang dahulunya dicop sebagai penulis iklan. Apabila gagal dalam temuduga, dia akan menipu ‘resume’ dan akhirnya mendapat kerja di syarikat penerbitan buku di mana dia jadi editor.
Untuk pengetahuan, drama terakhir Lee Na Young adalah menerusi “The Fugitive: Plan B” (KBS) pada tahun 2010. Selepas lapan tahun menyepi dari dunia drama tv sejak mendirikan rumahtangga bersama pelakon Won Bin, pasti ramai peminat menantikan kemunculan semula beliau.
tvN “Romance Supplement” dijadualkan untuk tayangan pada pertengahan tahun 2019.
Sumber: sport today