BTS akan serbu Malaysia pula selepas ini?

 

Pastinya kedatangan BTS ke Malaysia sangat ditunggu-tunggu ribuan peminatnya yang turut digelar sebagai ‘BTS Army’ di Malaysia.

BTS berjaya mencetuskan fenomena yang mengagumkan di rantau benua Amerika Syarikat apabila meraih dua kali pengiktirafan no. 1 jualan album tertinggi mengikut carta billboard 200, merangkul dua kali anugerah Social Artist Billboard Music Awards berturut-turut, tercalon dalam American Music Awards serta beberapa kali mengadakan kunjungan ke dalam program realiti tv berpengaruh seperti Good Morning America, Ellen degrenes, Jimmy Fallons, American Got Talent, dan sebagainya. Puluhan tempat di seluruh ceruk Amerika Syarikat telah dijelajahi oleh mereka sekaligus mencipta sejarah sebagai satu-satunya artis Kpop yang berjaya berbuat demikian selain konsert jelajah mereka yang mendapat respons yang sangat positif dan  sentiasa ‘full house’.

Menurut temuduga diadakan bersama iHeartRadio, BTS seakan-akan mengiakan rantau Asia (tak termasuk Jepun) dalam perancangan mereka selepas mereka menghabiskan sesi jelajah konsert Love Yourself di seluruh benua Eropah dan Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, Malaysia belum lagi dinamakan sebagai destinasi utama. Maka, korang bersiap sedia lah untuk menabung duit bagi menyaksikan konsert julung-julung kalinya akan dipelopori kumpulan boyband paling berpengaruh di dunia masa kini jika Malaysia terpilih akhirnya.

Sumber: youtube 

loading...