Misi memburu pembunuh bersiri hampir selesai di dalam [OCN] Voice

Drama Voice membuatkan sesetengah mengimbas kembali kenangan menyaksikan drama ‘thriller’ yang mendebarkan dan padat dengan aksi yang brutal. Siapa sangka cenel kabel, OCN menghidangkan kita sekali lagi dengan produksi mereka terbaru, Voice setelah Bad Guys disiarkan tiga tahun yang lalu.

 

Voice mengisahkan seorang gadis yang bekerja di jabatan panggilan kecemasan, Kang Gwon Joo telah menyaksikan pembunuhan kejam yang berlaku ke atas isteri kepada pegawai detektif, Moo Jin Hyuk dan dalam pada masa yang sama, ayahnya juga turut menjadi mangsa pembunuhan tersebut. Penyiasatan yang seakan-akan cuba ditutup dengan menjadikan suspek lain sebagai kambing hitam sekaligus telah mendorong Kang Gwon Joo untuk menyiasat kembali kes berkenaan sebaik sahaja dia pulang dari Amerika Syarikat. Dia dibantu oleh Moo Jin Hyuk yang masih tak boleh menerima kenyataan kematian isterinya setelah bertahun-tahun berlalu. Penyiasatan demi penyiasatan dilakukan sehingga akhirnya membawa mereka menemui klu beberapa suspek yang mungkin terlibat. ‘Profiling’ suspek dikupas satu persatu untuk mengetahui apakah motif sebenar dan siapakah dia yang melakukannya tanpa rasa belas kasihan.

Episod 14 dan 15 mendedahkan sisi lebih berat dan kejam mengenai pembunuh tersebut yang mana sejak kecil lagi suspek mengalami  ciri-ciri psikopatik , iaitu membunuh kerana suka-suka.  Yang menariknya, kedua-dua Kang Gwon Joo dan Mo Jin Hyuk tak pernah ketahui siapakah suspek sebenar sebelum suspek tersebut sendiri turun padang mendedahkan identitinya di hadapan mereka dengan penuh berkeyakinan kerana kedudukan yang dimilikinya. Kang Gwon Joo segera dapat mengecam identitinya melalui tona suaranya yang mirip dengan pembunuh tersebut.

Dapatkan kedua-dua mereka menangkap suspek tersebut dengan undang-undang sedia ada? Mungkinkah mereka pula menjadi mangsa pembunuhan suspek tersebut? Saksikan episod akhir 15 dan 16 menjelang Jumaat dan Sabtu ini di cenel OCN.

 

 

 

loading...