KDrama lakonan Lee Min Ki, Jang Hyuk, Seo In Guk, Lee Je Hoon, Kim Hee Sun, Bae Doo Na akan berentap Oktober ini

Annyeong Yorobun,

We are back again. Kali ini kami berikan pilihan kepada korang beberapa drama Korea terbaru yang boleh korang tonton. Pada kami sendiri, ada beberapa drama pilihan yang akan kami tonton. “Fox Bride Star”, “Bad Papa”, “The Great Divorce”“The Beauty Inside”, “The Smile Has Left Your Eyes” dan “Room No.9”, masing-masing ada kekuatannya yang tersendiri. Apapun, pilihan ditangan korang dan kami pasti drama yang akan bersiaran mulai Oktober ini will give you mixed full of feeling. 

Untuk pengetahuan, drama-drama ini turut tersenarai diperingkat pertama sempena Anugerah CariKdrama Kali Ke-7 (7th CariKdrama Awards 2018). Bahkan kesemua drama yang telah ditayang sepanjang tahun 2018 turut tersenarai. Seandainya anda telah menonton drama-drama yang telah ditayangkan dan berminat untuk menyuarakan pandangan serta kritikan korang boleh berbuat demikian dengan hanya klik review kdrama2018

Ok, jom tengok enam drama yang telah kami senaraikan untuk anda sepanjang Oktober ini.

1. Where Stars Land  / Fox Bride Star (SBS)

“Fox Bride Star” adalah drama bertemakan melodrama romantis yang mengisahkan aktiviti serta operasi seharian disekitar  di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Ia juga turut mempertontonkan gelagat para pekerja yang bertugas di lapangan terbang tersebut untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal . Secara tidak langsung, penonton dapat mengetahui cabaran serta memahami mereka yang bertugas dikawasan berkenaan.

Drama ini diterajui oleh Lee Je Hoon, Lee Dong Gun,  Cha Soo Bin, Kim Ji Su dan Seo In Woo. Lee Je Hoon akan membawakan watak sebagai seorang pekerja di unit perancangan dan operasi lapangan terbang bernama Lee See Yeon. Lee See Yeon mendapat skor TOEIC tertinggi dan merupakan graduan KAIST paling cemerlang untuk jurusan penerbangan. Atas sebab ini, Lee See Yeon pernah mengimpikan untuk menjadi juruterbang, namun akhirnya terpaksa mengabaikannya setelah mendapati penglihatan matanya tidak tajam dan jauh sekali untuk menepati syarat-syarat khas menjadi juruterbang. Ini merupakan drama pertama Lee Je Hoon, pemenang Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards ini, sejak tvN Tomorrow With You dan TvN Signal.

Di situ, dia akan menemui seorang gadis yang periang bernama Han Yeo Reum, lakonan Cha Soo Bin, bekerja di unit pengurusan CS. Han Yeo Reum bukan seorang yang teliti dalam mengerjakan setiap tugasannya dan kerap melakukan kesalahan-kesalahan kecil sehingga menyebabkan beliau kadangkala ditegur dan dimarahi oleh senior-seniornya kerana mereka bekerja berlandaskan SOP yang telah ditetapkan.

Lee Dong Gun membawa watak sebagai pengarah unit perancangan operasi bernama Seo In Woo, seorang yang dikenali atas semangat kepimpinannya dan serius dalam menjalankan tugasnya. Lee Dong Gun baru saja selesai membintangi drama jtbc Sketch. Kim Ji Su pula sebagai pengarah lapangan terbang untuk unit kawalan lalu lintas.

SBS Fox Bride Star ditulis oleh Kang Eun Kyung, yang sebelum ini telah menghasilkan karya seperti “Baker King Kim Tak Goo”, “Gu Family Book” dan “Romantic Doctor Kim“. PD drama ini adalah Shin Woo Chul yang pernah mengarahkan drama “Secret Garden“, “A Gentleman’s Dignity” and “Gu Family Book“. Gandingan mereka sekali lagi amat dinanti-nantikan penonton terutamanya drama SBS “Romantic Doctor Teacher Kim” yang memaparkan aksi-aksi doktor dalam menjalankan tugasnya. Begitu juga, drama ini akan menonjolkan aksi-aksi pekerja lapangan terbang melakukan operasi harian mereka bagi memastikan ia terkawal.

“Fox Bride Star” atau “Where Stars Land” akan mula ditayangkan 1 Oktober, jam 10 malam ini bagi mengisi slot drama Isnin dan Selasa di SBS. Drama ini mungkin turut bersiaran di ONE HD dalam tempoh 24jam selepas ditayangkan di Korea. Stay tune to ONE HD Ch 393 setiap Selasa dan Rabu jam 8.10 malam.

2. The Beauty Inside (JTBC)

“The Beauty Inside” adalah drama berdasarkan filem komedi romantis tahun 2015 yang popular dengan tajuk yang sama. Drama ini akan menceritakan kisah cinta Han Se Gye (Seo Hyun Jin), seorang pelakon A-list yang mesti menghabiskan seminggu setiap bulan untuk tinggal di dalam tubuh orang lain, dan Seo Do Jae (Lee Min Ki), seorang lelaki yang brilliant namun menderita prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengenali wajah orang lain), tetapi hanya boleh mengecam Han Se Gye. Kehidupan mereka berubah setelah keduanya bertemu.

Jang Hyuk akan membawakan watak Yoo Ji Chul, seorang suami, ayah dan bekas juara tinju. Kehidupannya berubah 360 darjah, saat beliau kehilangan kemasyhuran, wang dan keluarga sekaligus. Populariti seorang peninju handal yang semakin merudum membuatkan kehidupan Yoo Ji Chul jadi gelap dan berputus asa. Namun, Yoo Ji Chul tiba-tiba menemui ‘ubat’ yang sangat efektif untuk mengubah nasibnya. ‘Ubat’ misteri itu membawanya kembali bertarung di atas ring sebagai mixed martial arts fighter dan perlahan-lahan, beliau kembali mencari keluarganya.

 

“Bad Papa”  diarahkan oleh Jin Chang Kyu dari “Rebel: Thief Who Stole the People” dan ditulis oleh Kim Sung Min. Antara bintang lain yang membintangi drama ini adalah Son Yeo Eun, Lee David, Jun Man Sik, Jung Sung Hoo, Kim Jaekyung dan Shin Eun Soo. Pastinya ramai yang menunggu Jang Hyuk kembali melakonkan watak aksi seperti Yoo Ji Chul kerana ternyata drama ini seolah amat bersesuaian dengan Jang Hyuk yang penuh bertenaga.

“Bad Papa” akan bersiaran di Astro Oh!K (Ch394) mulai 2 Oktober, jam 7.50 malam setiap Selasa dan Rabu. Drama ini akan ditayangkan di Oh!K dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

loading...