“Takhta ‘lelaki bunga’ milik Jo In Sung, saya belum lagi layak” – Nam Joo Hyuk

Nam Joo Hyuk secara berseloroh mengatakan Jo In Sung pernah ingin menyerahkan takhta ‘lelaki bunga’ padanya disebabkan rupa kejambuan jelas terpancar pada model bergelar pelakon tersebut sepanjang berlakon di dalam filem The Great Battle. The Great Battle berkisarkan tentang peperangan Ansi yang berlangsung lapan hari di mana sekumpulan tentera dipimpin oleh Yang Man Chul (lakonan Jo In Sung) dari kerajaan purba Korea, Goguryeo menentang lebih 500, 000 bala tentera dari empayar China di bawah dinasti Tang.

 

“Bab ‘jambu’ ini patut diserahkan pada Nam Joo Hyuk,” kata Jo In Sung sambil diselangi dengan gelak tawa hadirin.

Tetapi Nam Joo Hyuk menolaknya dengan berkata , “Saya tak boleh terima kerana saya sudah cukup ‘laki’ dan segak.”

Sambungnya lagi , “Sa mul (watak lakonan Nam Joo Hyuk) belajar di luar negara, mempunyai rambut panjang serta tak berkumis dan berjanggut ditambah lagi dengan berat badan yang menyusut menampakkan saya sedikit langsing, sebab tu ada yang kata saya seperti lelaki jambu. Tapi saya memang nak tunjukkan fizikal lelaki yang ‘macho’ dan penuh maskulin sebenarnya.”

Gandingan Jo In Sung dan Nam Joo Huk  melepasi jangkaan apabila berjaya meraih kutipan box office agak tinggi pada tahun 2018 ini sepanjang ditayangkan di layar perak sejak cuti Chungseok tiga hari lalu mengatasi filem-filem tak kurang hebatnya bersaing sama seperti Fengshui dan The Negotiation, masing-masing dibintangi Cho Seung Woo dan Ji Sung serta Hyun Bin dan Son Ye Jin. Ke’epik’an The Great Battle dibandingkan dengan filem fantasi ‘Lord of The Rings’ dan drama tv ‘Game of Thrones’ menyebabkan penonton ramai berpusu-pusu ke pawagam bagi menyaksikan filem berkenaan.

Sumber: news mk

loading...