Sekuel filem “Train To Busan” bakal jadi kenyataan

Pengarah filem “Train To Busan” kini merancang untuk buat sekuel filem tersebut yang telah ditayangkan pada 2016.

Pada 13 Ogos, Yeon Sang Ho mengesahkan rancangannya dan menyatakan, “Ia masih dalam tahap awal, jadi belum ada yang dapat diputuskan.”

“Ia hanyalah ada senario versi awal, dan tajuk kerja filem adalah ‘Peninsula,'” jelasnya. Yeon Sang Ho berkata walaupun pelakon filem sekuel ini belum ditentukan, pelakon asal yang muncul dalam “Train to Busan” tidak akan turut serta dalam filem sekuel ini.

Seperti “Train To Busan,” filem ini akan menceritakan tentang apa yang berlaku setelah virus zombie tersebar, tetapi kali ini lokasi utama akan difokuskan disebuah bandar dan bukan lagi di dalam kereta api. Penggambaran dijangka akan bermula pada separuh tahun pertama tahun depan.

Sumber : mydaily | newsculture

loading...