Kang Min Hyuk dan Lee Jung Shin CNBLUE daftar masuk tentera serentak 31 Julai

Selepas Jung Yong Hwa, giliran Lee Jung Shin pula berkhidmat untuk negara! Namun tidak mengambil masa yang lama, diberitakan Kang Min Hyuk juga akan turut mendaftar masuk pusat ketenteraan. Nampaknya, Lee Jung Shin dan Kang Min Hyuk akan daftar masuk pusat rekrut tentera secara serantak

Pada 5 Julai, dilaporkan bahawa Kang Min Hyuk akan memasuki pusat rekrut tentera pada 31 Julai ini. Setelah tamat latihan asas, beliau akan meneruskan perkhidmatannya sebagai askar aktif.latihan asasnya selesai, dia akan meneruskan perkhidmatan tugas aktif.

Sebelumnya, Lee Jung Shin juga didedahkan turut mendaftar pada tarikh yang sama, iaitu 31 Julai.

Mengulas lanjut perkara ini, FNC Entertainment mengesahkan, “Ya, memang benar Lee Jung Shin dan Kang Min Hyuk akan mendaftar secara serentak pada 31 Julai ini. Sudah tentu lokasi pendaftaran mereka  berdua adalah berbeza namun keduanya tetap mendaftar masuk secara privasi tanpa sebarang mengadakan sebarang majlis rasmi. “

Jung Yong Hwa adalah ahli CNBLUE yang pertama mendaftar pada bulan Mac. Ini menjadikan hanya tinggal Lee Jong Hyun seorang yang masih belum mendaftar masuk untuk memulakan khidmat tentera.

Sumber : sports.donga

loading...