Song Ji Hyo berjumpa dengan ibu Kim Jong Kook?

Bunyinya seperti ada sesuatu kan, bila Song Ji Hyo melawat ibu kepada Kim Jong Kook.

Sebenarnya,  Song Ji Hyo akan bertemu dengan ibu Kim Jong Kook sempena rancangan SBS – My Ugly Duckling

Menurut laporan, Song Ji Hyo telah menyelesaikan penggambaran untuk sebagai MC jemputan khas rancangan My Ugly Duckling pada 9 Mac. Dilaporkan, ibu Kim Jong Kook memberikan layanan yang baik kepada Song Ji Hyo seperti kawan-kawan Kim Jong Kook yang lain. Ini kerana, kedua-duanya telah bekerja selama 8 tahun untuk rancangan Running Man. Para ibu-ibu yang lain seringkali mencadangkan agar Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook berpacaran kerana keduanya kelihatan sangat sepadan.

Episod yang memaparkan pelakon itu akan disiarkan pada 18 dan 25 Mac ini. Pastikan anda menontonnya!

Sumber : Allkpop

loading...