Jo Jung Suk belum bersedia untuk berkahwin

Jo Jung Suk tampaknya belum bersedia lagi untuk berumah tangga seperti dimaklumkan olehnya dalam satu sesi temuduga bersama wartawan tadi sebagai meraikan penutupan siaran drama MBC Two Cops.

Sejak menjalin hubungan cinta secara serius dengan Gummy selama lebih 5 tahun, Jo Jung Suk jarang berceloteh tentangnya. Namun, peminat tetap menanti pasangan ini diijabkabulkan mengenangkan telah lama mereka bercinta.

“Saya agak berhati-hati. Takut akan mengecewakan Gummy jika dilakukan dengan tergesa-gesa. Jika ada berita baik untuk dikongsi, saya akan beritahu,” katanya lagi.

Mengomen tentang lakonan pelakon Hyeri yang dikritik teruk baru-baru ini sehingga Hyeri terpaksa membuat kenyataan permohonan maaf di laman sosialnya, pelakon yang tercalon Best Actor CARI Kdrama Awards menerusi SBS Jealousy Incarnate dan Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards menerusi MBC The King 2 Hearts ini mengaku mereka tak pernah hadapi masalah untuk mewujudkan kimia memandangkan jarak usia yang agak jauh antara mereka.

“Saya rasakan lakonan Hyeri bertambah baik. Cuma, kadang-kadang ia mungkin nampak buruk dalam situasi tak sepatutnya. Tapi, dalam situasi lain, bagi saya, Hyeri sudah lakukan yang terbaik. Jadi, kami tetap teruskan.” Tambahnya lagi , “Lakonan saya bertambah baik kerana adanya bahagian tertentu yang bagus dilakonkan oleh Hyeri.”

Bermula sebagai pelakon teater, Jo Jung Suk menongkah perlahan-lahan sehingga beliau dikenali di atas bakatnya. Walaupun MBC Two Cops tak berjaya mencecah ratings lebih daripada dua digit, tapi drama ini berjaya menjadi juara rating beberapa kali setiap minggu menewaskan KBS Jugglers dan SBS Doubtful Victory.

Sumber:  biodata Jo Jung Suk , donga , sport chosun

loading...