Pihak produksi drama nampaknya semakin terbuka dalam mengekplorasi isu-isu berat terutamanya melibatkan keinginan seksual berasaskan fantasi semata-mata. Drama yang diadaptasikan daripada filem Korea pada tahun 2003 berjudul Untold Scandal ini menceritakan tentang seorang bangsawan wanita bertaruh dengan sepupu lelaki nya bahawa dia boleh melakukan seks dengannya jika sepupunya berjaya memperkosa gadis yang dibencinya. Filem “Untold Scandal” ini merupakan adaptasi daripada teater popular karangan Christopher Hamston bertajuk Les liaisons dangereuses dan pernah diadaptasikan dalam layar perak Hollywood dengan diberikan judul , “Dangerous Liaisons” sehingga memenangi Academy Awards (Oscars).
Yeo Jin Goo dikatakan memegang watak sepupu kepada wanita tersebut dinamakan sebagai Kwon Shi-hyun. Dia merupakan anak sulung keluarga bangsawan terulung di Korea Selatan (anak chabeol) yang disingkirkan keluar rumah kerana memalukan keluarga dengan perangai kaki perempuannya. Namun, apabila datangnya wanita sosialit, dinamakan sebagai A yang ingin membalas dendam terhadap gadis marhaen yang merampas lelaki yang dicintainya sepenuh hati, dia mencari Kwon Shi Hyun dengan menawarkan “dara” nya sebagai taruhan sekiranya Kwon Shi Hyun dapat menggoda gadis tersebut dan memisahkan hubungan mereka. Tetapi, Kwon Shi Hyun mahu menggoda kawan sosialit A, iaitu B sebaliknya. A terkejut kerana B tak mungkin terpedaya dengan kaki perempuan, lagi-lagi dia dihormati oleh seluruh golongan bangsawan. Kwon Shi hyun terasa dicabar dan bertaruh sekiranya dia dapat meniduri B, A mesti menidurinya malam itu juga. Rupanya, Kwon Shi Yun terperangkap dalam permainan cinta (“Love Gome”) oleh A dan B.
Semestinya, penonton yang pernah mengamati lakonan Yeo Jin Goo selama ini belum bersedia untuk menerima Yeo Jin Goo menggayakan watak kaki perempuan yang tak bermoral dan bernafsu erotik. Tapi, penulis yakin menerusi lakonan ditunjukkan dalam drama ini , Yeo Jin Goo akan menjadi lebih versatil di kemudian hari seperti Yoo Ah In lakukan dalam drama jtbc “Secret Love Affair”. Bersediakan anda menerima Yeo Jin Goo diperlakukan sedemikian rupa? Apapun Yeo Jin Goo masih menimbang untuk membintangi drama penuh kontroversi ini.
MBC Love Game yang belum ada penulis skrip dan pengarahnya dijangka ditayangkan pada awal tahun hadapan.