Come To Me, Lee Jong Suk, mungkinkah bertakhta dihati anda?

Siapa sangka Lee Jong Suk akan menyanyikan lagunya sendiri. Akhirnya lagu nyanyian Lee Jong Suk berjudul Come To Me telah  di released kan sekitar jam 6 petang tadi melalui pelbagai laman muzik popular Korea seperti Melon, Bugs, Mnet dan beberapa lagi . Lagu ini merupakan runut bunyi di track yang ke-9 bagi drama lakonan beliau, While You Were Sleeping.

 

Lagu Come To Me ini adalah sebuah lagu dengan melodi segar serta petikan gitar yang mengagumkan. Ianya sangat romantis kerana liriknya menggambarkan perasaan sebenar Jung Jae Chan terhadap Nam Hong Joo, lakonan Suzy. Lee Jong Suk bernasib baik apabila dirinya sendiri yang melakonkan watak Jae Chan. Secara tidak langsung lagu ini dinyanyikan dengan penuh perasaan dan penghayatan. Seolah nyanyian itu datangnya dari hati yang tulus.

Memandangkan ini adalah kali pertama Lee Jong Suk menyanyikan sendiri runut bunyi dari drama lakonannya, berita ini mendapat perhatian ramai sedari awal lagi. Jadi tidak hairanlah jika capaian carian mengenai topik tersebut melonjak dikebanyakkan enjin carian internet.

Sila baca : Demi Suzy, Julung Kalinya Lee Jong Suk Menyanyikan Sendiri OST While You Were Sleeping

Seorang sumber terdekat menyatakan ” Walaupun Lee Jong Suk sibuk dengan jadual penggambaran, dia masih sempat mencari ruang untuk berlatih sebaiknya. Hasilnya amat memberangsangkan dan buat kami kagum dengan semangatnya. Selain itu, Lee Jong Suk mempunyai tone suara yang unik dan apabila ia digabungkan dengan susunan lagu itu, ia berjaya memberikan satu persona yang menarik dan sempurna.”

Seandainya anda mendengar lagu Come To Me tanpa mengetahui berita berkaitan sedari awal, pastinya ramai tidak mengenali pemilik sebenar suara ini. Memiliki tone suara yang besar dan unik, siapa sangka ianya milik Lee Jong Suk. Walaupun Lee Jong Suk bukan seorang penyanyi, tetapi semangat serta usahanya perlu diberi pujian. Mungkinkah selepas ini, Lee Jong Suk akan terus menyanyi untuk drama lakonannya?

While You Were Sleeping ditayangkan di Astro ONE pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.

Sebelum itu, jom saksikan klip nyanyian Lee Jong Suk yang penuh syahdu.

Terdahulu, Suzy juga menyanyikan lagu bertajuk Because I Love You di track yang ke-4

sumber : mydailynews

loading...