1st Seoul Awards : tvN Secret Forest / Stranger menang Best Drama ; Ji Sung & Park Bo Young rangkul Best Actor & Best Actress

Majlis 1st Seoul Awards diacarakan oleh Shin Dong Yup dan Kim Ah Joong.

1st Seoul Awards yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan Ji Sung diangkat sebagai Best Actor pertama kali dalam anugerah tahunan kdrama termasuklah Baeksang , APAN dan Korean Drama Awards setelah beberapa kali tercalon selama ini. Ji Sung memenangi Best Actor menerusi lakonannya dalam SBS Defendants sebagai Park Jung Woo yang hilang ingatan dan sedang menunggu hukuman mati dilaksanakan. Beliau menumpaskan Cho Seung Woo (tvN Stranger) , Nam Goong Min (KBS Chief Kim) dan Yoon Gyun Sang (MBC Rebel Hong Gil Dong). Sebagai rekod, Ji Sung ialah pemenang 2 kali Best Actor CARI Kdrama Awards melalui KBS Secret Love dan MBC Kill Me Heal Me.

Ji Sung dianugerahkan Best Actor menerusi SBS Defendants.

Ucapan Ji Sung merakam perasaan terharunya menerima anugerah sebesar ini. “Saya secara jujur tak banyak lakukan, saya rasa bersalah diberi penghargaan ini.” Tambahnya lagi, “Saya sentiasa berusaha untuk menghasilkan drama berat yang berkualiti dengan mengambil tanggungjawab selaku pelakon. Syukur sangat kalian amat menyukai hasil kerja kami, krew Defendants. Sepanjang saya melakukan penggambaran, saya sentiasa teringat akan anak gadis saya memandangkan Park Jung Woo terpisah dengan anaknya dalam Defendants. Saya berharap dengan drama ini, masyarakat yang baik dapat dilaksanakan bagi kelangsungan anak-anak kecil untuk hidup selesa di masa hadapan”.

Bagi kategori Best Actress pula, Park Bo Young merangkul anugerah berkenaan menerusi jtbc Strong Woman Do Bong Soon sekaligus menewaskan Kim Ah Joong (tvN Live Up To Your Name) , Lee Bo Young (SBS Whisper) dan Kim Hee Sun (jtbc Woman of Dignity) . Beliau membawakan watak gadis yang mewarisi gen kuat walaupun tubuhnya kecil molek.

Park Bo Young menang Best Actress melalui jtbc Strong Woman Do Bong Soon.

Pelakon yang memenangi Best Actress dalam 4th CARI Kdrama Awards yang lepas ini melahirkan rasa terharunya terhadap peminat Kdrama yang menyukai hasil kerjanya dalam jtbc Strong Woman Do Bong Soon. Selain itu, beliau turut merakamkan perasaan gembiranya menemui  pelakon veteran yang diminatinya, Kim Hae Sook (pemenang Best Supporting Actress 3rd CARI Kdrama Awards) semasa majlis anugerah berkenaan.

 

Bagi kategori Best Supporting Actor dan Best Supporting Actress pula, Lee Ha Nui atau dikenali Honey Lee sekali lagi menyapu bersih anugerah Best Supporting Actress menerusi lakonan sebagai gundik Jang Hee Bin (Jang Ok Jung) yang manipulatif dan bijak dalam MBC Rebel Hong Gil Dong. Beliau baru saja meraih anugerah berkenaan dalam Korean Drama Awards bulan yang lepas. Jung Sang Hoo yang melakonkan watak suami yang curang dalam jtbc Woman of Dignity telah berjaya meraih anugerah Best Supporting Actor. Kim Min Suk dan Yoon Soo Hee masing-masing menang Best Rookie Actor dan Best Rookie Actress.

Akhir sekali, tvN Secret Forest / Stranger yang berkisarkan tentang penyiasatan kes pembunuhan daripada perspektif seorang pendakwaraya tak berperasaan telah dinobatkan sebagai Best Drama mengalahkan KBS Fight My Way , MBC Rebel: Thief Who Stole the People, SBS Defendant dan JTBC Woman of Dignity.  Ulasan drama ini boleh dibaca di sini.  Tahniah diucapkan pada para pemenang.

1st Seoul Awards diadakan di Kyung Hee University pada tengah hari 27 October 2017 memberikan penghargaan pada kedua-dua filem dan drama seperti Baeksang Art Awards. Penulis hanya menyenaraikan keputusan untuk drama saja. Lain-lain keputusan boleh dilihat melalui sumber di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=yEzWsvBO6Uo

Sumber: OSEN , sedaily , sportseoul

loading...