Sekiranya anda ingin ke Korea dimusim sejuk dan berminat untuk bermain ski tetapi kurang berkeyakinan, JANGAN RISAU. Kami tahu caranya. Di Korea, jika and berminat untuk mempelajari teknik asas ski dan snowboarding, mereka menawarkan pembelajaran dalam pelbagai bahasa. Sambil anda belajar, anda juga boleh nikmati dan merasai persembahan kebudayaan yang menarik.
Para pengunjung yang berminat boleh merasai dunia baru berski menerusi 4 festival ski yang popular iaitu Fun Ski Festival, the Go! Go! Ski Festival, dan The Snow Tube Race Festival.
Sebelumnya BACA : Gangwon Menjadi Destinasi “Winter Sonata” Sepanjang Musim Sejuk dan ketahui 8 Pusat Rekreasi Popular di Gangwon
Apa dia 4 festival ski popular di Gangwon yang anda perlu ketahui?
1. VIVA SKI Festival di Daemyung VIVALDI PARK
Daemyung VIVALDI PARK adalah sebuah kompleks empat musim yang mempunyai taman bertema air, kelab golf dan kelab menunggang kuda. Dengan mempunyai akses yang mudah dari Seoul, ramai pengunjung kerap mengunjungi Daemyung VIVALDI PARK.
Sejak dilancarkan pada tahun 2015, VIVALDI PARK telah berkolaborasi bersama Ski dengan K-food dan tahun berikutnya Ski dengan K-Culture. Pakej ini termasuk All-Day-Pass dengan pelajaran asas ski secara mendalam. Selain daripada ski, peserta boleh memilih untuk pergi ke Jjimjilbang (Sauna Korea), taman air tertutup (indoor), kolam air panas terbukar atau anda boleh menunggang kuda! Jadi tidak perlu risau sekiranya anda takut bermain ski setelah mencubanya sekali. Anda punya pilihan aktiviti yang lain.
Bagi pengunjung Islam, di sini juga disediakan bilik Solat dan restoran-restoran yang mempunyai sijil halal juga boleh didapati di dalam VIVALDI PARK. Jadi no need to worry much!
Spesifikasi cerun
Tarikh dan aturcara program
Di samping itu, makanan Korea yang dipilih dengan teliti akan dihidangkan untuk anda rasai pengalaman Korea yang sebenar. Anda juga berpeluang untuk menikmati pelbagai Korea street food dan juga makanan tradisional! MasterChef VIVALDI PARK – Jung Jin Seop, yang telah dicalonkan sebagai ‘Master of Korean fermented food‘ oleh World Food Culture Centre adalah orang yang akan bertanggungjawab terhadap semua hidangan yang disediakan. Beliau juga akan mengajar anda cara membuat serta menyediakan makanan asli Korea. Menu adalah berubah setiap tahun mengikut pilihan peserta!
2. Fun Ski & Snow Tube Festival di Yongpyong Resort
3. Go! Go! Ski di High 1 Resort
3. KISC (Korea International Ski Camp) di Alpensia Ski Resort dan High 1 Resort
- Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut umur. Anak kecil (berumur 4-8 tahun), kanak-kanak (berumur 9-15 tahun) serta remaja dan dewasa. Jika para peserta hadir dalam kumpulan keluarga, pihak penganjur boleh mengaturkan pembelajaran secara privasi bersama keluarga mereka.
- 5 pakej tersebut diwakili dengan warna Biru, Merah, Kuning, Hijau dan Hitam. Ianya disusun mengikut pembelajaran teknik ski dan pelbagai aktiviti menarik yang disukai oleh para peserta
- Pakej yang disediakan termasuk pembelajaran ski beserta peralatan berkaitan, pengangkutan dan juga tempat penginapan.
Nota penting : Harga promosi diberikan pada KISC Event Camp ( 10-12 Disember 2017) dan KISC Christmas Camp (14-26 Disember 2017)
Tarikh dan aturcara program
Kepada yang berpeluang mengunjungi Korea semasa musim sejuk ini, 4 festival ski di atas perlu anda kunjungi untuk merasai kenikmatan dan pengalaman bermain salji.