[EVENT] VAV 2017 Meet & Greet in Malaysia

Peminat-peminat KPOP, terutamanya peminat kumpulan VAV (VAMPZ) ini berita baik untuk anda. Kumpulan VAV akan berada di Malaysia bersempena aktiviti Meet and Greet bersama para peminat mereka.  VAV akan berada di Sunway Pyramid LG2 Central Avenue pada 29 Oktober ini bermula jam 3.00 petang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sementelah VAV bakal buat comeback dan juga bakal menyambut ulangtahun mereka yang ke-2.

VAV dianggotai oleh St.Van, Baron, ACE, Ayno, Jacob, Lou dan Ziu

Sedikit trivia mengenai VAV

  • VAV adalah sebuah boy group dari Korea Selatan. VAV bermaksud Very Awesome Voice
  • Telah ditubuhkan oleh A Team Entertainment dan mula debut pada 31 Oktober 2015 melalui mini album bertajuk Under The Moonlight

  • Kelab peminat mereka dikenali sebagai Vampz
  • Anggota asal VAV iaitu Zehan, Gyeoul dan Xiao telah meninggalkan kumpulan ini.
  • Tiga anggota baru yang telah menyertai VAV pada Februari 2017 ialah Ayno, Lou, dan Ziu.
  • Produser dan penulis lagu terkenal Ryan S.Jhun (pernah bekerja bersama Super Junior, U-KISS, TVXQ, SHINee, EXO, 15&, Girls’ Generation, I.O.I, Girl’s Day) adalah orang yang bertanggungjawab untuk composed dan arranged 3 album kumpulan VAV iaitu  Here I AmVENUS dan Flower (You).
  • Ini merupakan kali kedua VAV datang ke Malaysia. Kali pertama mereka ke Malaysia pada awal 2016 bagi menjalani pengambaran VAV Project
  • VAV akan membuat comeback pada 1 November ini menerusi album terbaru mereka She’s Mine
  • VAV telah mengeluarkan beberapa keping gambar dan teaser berikutan aktiviti comeback mereka yang dijadualkan pada 1 November ini.

Jom saksikan teaser photo VAV untuk mini album terbaru mereka She’s Mine

Ace
Jacob
Ziu
BaRon
St.Van
Lou
Ayno

She’s Mine – VAV via V Live 

ABC (Middle of the Night)​ – 3rd Digital Single Album​

Kepada peminat VAV korang boleh follow mereka di;

nota : kesemua photo teaser adalah hak milik pengurusan A Team

loading...