Gemilang dan Jaclyn Victor Tiada Tarikh Luput Dalam Industri Muzik Malaysia

Bersempena Japan x Malaysia Friendship Concert 2017 yang telah berlangsung pada 23 September yang lalu, team KMania sempat menemubual secara exclusive dengan penyanyi bersuara lunak dan lantang. Ikuti temubual kami bersama the gorgeous Jaclyn Victor.

Jaclyn Victor

Jaclyn Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Beliau adalah antara segelintir artis yang telah memenangi trofi di anugerah uatama dalam bidang muzik dan filem di Malaysia dan rantau ini.

Antara kemenangan yang pernah diraih oleh Jaclyn Victor. Sumber : Wikipedia

Jac juga telah pun mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dari kumpulan Az Yet iaitu Shawn Rivera dan telah dikurniakan dua orang anak yang comel.

KMania : Apa perkembangan terbaru Jacyln Victor (Jac)?

Jac : Buat masa ini saya lebih fokuskan tentang promosi single terbaru saya berjudul Nisan Cinta kerana promosi sebelum ini bergerak perlahan. Ini disebabkan keadaan diri saya sedang hamil (juga tidak diwar-warkan kepada umum kerana inginkan privasi) dan  situasi tersebut agak sukar untuk saya bergerak aktif dan lincah.

nota : Nisan Cinta adalah sebuah lagu duet bersama Siti Nordiana untuk drama siri Dendam Aurora

KMania : Nisan Cinta adalah single terbaru Jac. Bagaimana dengan album baru pula?

Jac : Pada saya, pasaran muzik sekarang sudah berubah. Jadi saya lebih suka mengeluarkan single demi single dan mungkin di masa depan saya akan compile kesemua single di dalam satu album.

KMania : Jac dikenali sebagai seorang penyanyi yang mempunyai vocal yang hebat. Apakah genre lagu yang Jac akan ketengahkan?

Jac : Sebagai seorang penyanyi, saya akan menyanyikan apa-apa lagu pun yang diberikan oleh composer dengan sehabis baik. Tetapi saya tidak mahu dilabelkan sebagai seorang penyanyi berentak balada sahaja. Saya suka mencuba pelbagai genre muzik. Oleh itu terhasillah Ikut Rentakku, dan Sebelah Jiwaku di mana keduanya berbeza dengan lagu-lagu yang pernah saya rakamkan sebelum ini.

Pada saya, apa yang penting bagi sesorang penyanyi adalah mengetahui range sesebuah lagu. “Saya dikenali sebagai penyanyi yang bernada tinggi. Jadi range nada tinggi tetap ada biarpun ianya berentak balada ataupun pop. Saya seringkali mendapat komen mengapa saya tidak menyanyikan lagu bernada tinggi. Sebenarnya ada dan saya masih menyanyi seperti dahulu. Saya sentiasa buat yang terbaik untuk para peminat saya dan saya syorkan kepada peminat untuk mendengarkan lagu yang pada mereka ianya mempunyai range nada tinggi,” ujar Jac yang sentiasa bersikap positif.

KMania : Adakah Jac juga memasang impian untuk menembusi pasaran Antarabangsa?

Jac : Semestinya sebagai seseorang yang suka dan selalu menyanyi, saya ingin tunjukkan kepada orang ramai inilah saya, inilah Jaclyn Victor. Saya mahu buktikan bakat dan kemahiran nyanyian saya walaupun ianya bukanlah jalan yang mudah. Tapi ianya juga bukanlah sesuatu yang mustahil. Mungkin suatu masa nanti impian itu bakal jadi realiti. Cuma peluang seumpama itu belum lagi tiba. Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk karier saya.

Dalam pada itu, Jac menyatakan bahawa beliau sangat menyukai negara Jepun. Ini kerana orang Jepun sangat menghargai dan menyukai muzik. Walaupun muzik yang dipersembahkan dalam bahasa yang berbeza, mereka tetap menyokong dan menghadiri sebarang persembahan atau konsert yang diadakan.

KMania : Boleh Jac kongsikan mengenai kehadiran cahaya mata yang kedua ini? Mungkin lebih mencabar?

Jac : Sebenarnya ianya tidak terlalu mencabar. Untuk kali kedua ini segalanya berjalan dengan mudah dan lancar. Saya mampu menguruskannya kerana pengalaman lalu banyak mengajar saya tentang apa yang perlu saya lakukan, Apa yang mencabar adalah untuk bersikap adil di antara keduanya. Tapi saya rasa bersyukur anak saya yang sulung dapat menerima kehadiran adiknya dengan baik dan sangat menyayanginya.

Vokal yang lunak, lantang dan kemahiran nyanyian bertaraf professional yang dimiliki Jac adalah satu keistimewaan dan kelebihan buatnya. Tambahan Jac seringkali muncul dengan persembahan yang mantap, bertenaga dan penuh penghayatan. Ini menjadikan Jac adalah Jac tanpa dibayangi sesiapa pun.

Sebelum mengakhiri temubual bersama Jac, kami sempat meminta Jac berikan pesanan kepada para peminatnya.

Peminat boleh mengetahui tentang aktiviti Jac dengan follow media sosial beliau di Facebook, Instagram dan Twitter.

Terima kasih kami ucapkan Jaclyn Victor kerana sudi ditemubual. Kami di KMania akan terus menyokong Jac. Semoga Jac akan terus sukses dan berjaya mencipta nama dipersada antarabangsa kelak.

loading...