Jang Dong Gun dan Park Hyun Sik telah digandingkan bersama dalam drama KBS terbaru gubahan semula drama bersiri Amerika Syarikat yang berjudul “Suits”. Jang Dong Gun akan melakonkan watak sebagai Cho Kyung Seo, seorang peguam terkemuka yang bekerja di sebuah agensi guaman terbesar di Korea. Jang Dong Gun dijangka akan mempamerkan keseksiannya dan karisma selaku seseorang daripada kalangan professional yang berjaya. Cho Kyung Seo juga memiliki memori yang kuat dan digelar sebagai ‘raksasa’. Ini merupakan penampilan pertama Jang Dong Gun sejak 6 tahun yang lalu, kali terakhir menerusi SBS Gentlemen’s Dignity.
Park Hyun Sik dikatakan memegang watak sebagai pelatih (peguam muda) yang bekerja di bawah Cho Kyung So. Park Hyun Sik terkenal menerusi drama yang baru saja disiarkan April lalu, jTBC Strong Woman Do Bong Soon dan juga KBS Hwarang. “Suits” yang belum diberikan judul tetap lagi akan diarahkan oleh PD Kim Jin Woo (Queen of Mistery, Healer) dan diterbitkan oleh Monster Union, satu organisasi dibentuk secara bebas oleh kedua-dua KBS dan SBS dalam menghasilkan drama yang bermutu tinggi.