Pengalaman bersejarah menyaksikan konsert Jelajah Dunia G Dragon di Kuala Lumpur

Aura Kwon Ji Yong menggegarkan MOTTE di Kuala Lumpur

Apabila siang melabuhkan tirainya, gema suara artis Nombor 1 Korea Selatan ini disahut jeritan daripada 12,000 peminatnya telah mengegarkan Stadium Merdeka pada 17 September yang lalu. Dengan susuk tubuh nya yang kecil dan “signature smile” daripada artis ini yang mempunyai pengikut seramai 14.8 juta di laman Instagram telah mengubat rindu para peminatnya di Malaysia untuk sekian kali dan Kuala Lumpur merupakan lokasi ke 10 terakhir untuk jelajah dunia untuk MOTTE. Muncul dengan album ketiga, Kwon Ji Yong,  atau dikenali sebagai G- Dragon telah memulakan konsertnya pada jam 8.00 malam.  Kelewatan acara konsert seharusnya dimulakan setengah jam lebih awal telah dilewatkan kerana cuaca hujan lebat pada petang tersebut. Halangan tersebut tidak mematahkan keterujaan para peminat untuk mengisi Stadium Merdeka pada malam tersebut.

ACT 1, ACT II dan ACT III

Konsert yang merupakan hadiah terakhir untuk peminat, dimulakan dgn ACT 1. ACT 1 dimulakan dengan lagu pertama, Heartbreaker. Dengan tempo rancak, lagu tersebut membuatkan peminat  “hype” dan ianya mengimbau kembali lagu hits pertama yang mengangkat nama KJY sebagai artis solo. Tanpa membuang masa persembahan disambung dengan lagu “I Can’t Breathe.” Pada kalini, penyanyi tersebut telah memperkenalkan dirinya sebagai “Kwon Ji Yong”  mengalunkan lagu “A Boy”, “But I Love You”, “Obsession”, “Michigo” , One of A Kind” “R.O.D”, “That XXX”, “Black” dan “Who You”.

Persembahan penyanyi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi jemputan istimewa di bawah satu label YG Entertainment, Sandara Park daripada kumpulan 2NE1 dengan nyanyian duet “Missing You” dan “Hello” mendapat sorokon gemuruh daripada peminat khususnya peminat Sandara yang merindukan kehadirannya di arena pentas nyanyian. Dalam suasana rancak, peminat telah disajikan dengan video tribute khas  kehidupan seorang Kwon Ji Yong daripada pandangan rakan dan juga keluarga penyanyi tersebut. Video khas tersebut sedikit sebanyak menyentuh emosi dan perasaan peminat dalam mengenali penyanyi tersebut daripada kacamata dan pandangan mereka yang mengenali beliau di luar dunia hiburan. Penoton dan peminat seterusnya disajikan kembali  dengan nostalgia lagu-lagu hit daripada album kedua beliau seperti “Today” dan “Crayon”.

ACT III dimulakan dengan lagu-lagu terbaru daripada album terbaru beliau “Kwon Ji Yong”. Lagu-lagu yang dianggap masterpiece daripada album tesebut seperti “Superstar”, Middle Finger Up” dan “Bullshit” membuatkan peminat teruja dan hype dengan alunan muzik “club banger” telah memeriahkan suasana seisi stadium. Persembahan yang rancak itu telah membuatkan peminat juga tidak lekang untuk merakamkan persembahan nyanyian daripada album terbaru beliau. Lagu terakhir “Divina Commedia” yang berkisar kehidupan dan ternyata persembahan lagu yg penuh dengan maksud tersirat itu diakhiri dengan kata-kata daripada lirik “ In case I don’t see ya, Good Afternoon, Good Evening and Good Night”!

Walaupun dalam keadaan hujan, peminat dilihat terhibur dan tidak patah semangat dengan jeritan “Encore” dan tidak berganjak untuk menantikan penyanyi tesebut untuk kembali beraksi di atas pentas. Sorokan penonton memeriahkan suasana apabila lagu “Crooked” telah memecahkan suasana dengan kehadiran  penyanyi Sandara yang menari bersama di atas pentas. Penonton sedikit tersentuh dengan kemunculan Kwon Ji Yong di bawah pentas untuk bersama para peminat sambil menyanyikan lagu yang cukup sentimental daripada album terbaru beliau “Untitled”.

ONE OF A KIND 

Daripada permulaan dan pengakhiran, penulis terharu kerana konsert MOTTE yang bersifat peribadi daripada penyanyi tersebut merupakan tanda hadiah terakhir untuk peminat sebelum beliau memulakan latihan tentera pada tahun 2018. Konsert yang bersifat “artwork” yang dapat dilihat daripada pesembahan grafik pentas, outfitnya yang penuh dengan seni abstrak daripada seorang bernama Kwon Ji Yong telah diadaptasi di atas pentas. Perjalanan kehidupannya diceritakan kepada 3 peringkat persembahan iaitu ACT I, ACT II dan ACT III telah sedikit sebanyak membuatkan penyanyi yang sebelum ini dikenali sebagai G – Dragon kini diperkenalkan kembali sebagai Kwon Ji Yong. Seperti apa yang pernah diucapkan pada konsert sebelumnya penyanyi tersebut  pernah menyatakan “Ini adalah kehidupan yang telah diimpikan sekian lama semenjak saya kecil dan saya tidak pernah berhenti walau setiap saat untuk mengecapinya. Saya berasa selasa dan gembira tetapi kadangnya tidak percaya samada ini mimpi atau realiti. Moga anda tetap bersama saya walaupun siapa saya samada – the humble Kwon Ji Yong atau the glamourous G-Dragon. “ Ternyata konsert jelajah penyanyi tersebut merupakan hadiah yang cukup berbeza dan istimewa untuk  memori para peminatnya dan membuktikan beliau seorang selebriti yang cukup unik , “One of A Kind” yang disayangi peminat.

*Editor: Penulis dijemput oleh kelab Kmania untuk menceritakan pengalaman beliau. Kesemua yang dinukilkan adalah berdasarkan pengalaman beliau semasa berada di konsert tersebut dan juga selaku peminat tegar BigBang. *