Taecyeon 2PM masuk “military service” hari ini

Taecyeon 2PM telah disenaraikan untuk menyertai latihan khidmat negara (ketenteraan) bermula hari ini, 4 Sept 2017. Kebanyakan peminat tidak mengetahui tentang penyenaraian berkenaan kerana Taecyeon tidak memaklumkannya dalam mana-mana sidang media ataupun kemunculannya di program realiti tv, terutamanya dalam V-Live kelmarin. Taecyeon juga pernah menjalani pembedahan “slipped disk” sebelum ini tetapi status kesihatannya tidak menghalangnya melakukan aktiviti yang lasak.

Taecyeon ialah penduduk tetap Amerika Syarikat tetapi memiliki kewarganegaraan Korea, maka ia menjadi tanggungjawabnya untuk menyelesaikan latihan khidmat negara selama dua tahun. Dia baru saja selesai melakonkan drama OCN Save Me / Rescue Me yang sedang ditayangkan sekarang. Antara projek dramanya yang popular sebelum ini ialah tvN Bring it on, Ghost , tvN Who Are You dan KBS Cinderella Stepsister.

Sumber: xsportnews

loading...