Onew Shinee ‘dikeluarkan’ dari jtbc Age of Youth 2

Onew Shinee telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai drama jtbc Age of Youth 2 setelah berbincang bersama dengan produksi drama berkenaan. Sekarang, pihak produksi sedang mencari pengganti Onew Shinee.

Onew, atau nama sebenarnya Lee Jin Ki (28) dituduh mencabul kehormatan dengan menyentuh tubuh mangsa sebanyak 2 atau 3 kali di sebuah kelab Nonhyeon-dong, Seoul. Onew menafikan dia melakukan perbuatan tersebut tapi mengaku terlalu mabuk dan tidak mengingati apa-apa sewaktu kejadian. Kes itu digugurkan setelah mangsa  menarik aduan yang dibuatnya tempoh hari.

Baru-baru ini dilaporkan pula, mangsa membuat aduan sekali lagi kerana diugut. Polis masih menyiasat aduan berkenaan kerana kenyataan mangsa dan saksi kejadian dikatakan agak konsisten bahawa mangsa pernah diugut.

Sumber: sport chosun

loading...