Lee You Jin “Produce 101” ganti Onew Shinee dalam jtbc Age of Youth 2

Sebaik saja Onew Shinee mengambil keputusan berundur daripada Age of Youth 2, pihak produksi Age of Youth 2 mengesahkan Lee You Jin akan menggantikan tempatnya.

Lee You Jin dikenali sebagai peserta program realiti “Produce 101” musim ke-2, di mana dia berada berada di tempat ke-54. Antara drama lakonannya sebelum ini adalah menerusi MBC Jung-Yi, Goddess of Fire. Lee You Jin diuruskan oleh agensi Namoo Actors.

Age of Youth 2 akan ditayangkan pada 25 Ogos selepas jtbc Woman of Dignity berakhir pada minggu ni.

Sumber: instiz

loading...