Lee Hong Ki dan Han Bo Reum sudah disahkan ‘dating’

 

Penyanyi idol kumpulan terkemuka, FT Island, Lee Hong Ki dilaporkan sedang bercinta dengan pelakon Han Bo Reum. Kenyataan ini telah diperakui agensi kedua-duanya.
Sebelum ini, Lee Hong Ki menafikan hubungan cinta terjalin antara mereka dan menegaskan mereka hanya berkawan berlandaskan minat pada hobi yang sama iaitu bermain bowling. Tetapi, akhirnya mereka jatuh cinta dan status hubungan mereka hari ini mengesahkan lagi kenyataan tersebut.

Lee Hong Ki pernah tercalon dalam kategori Song of The Year CARI 2014 Kdrama Awards untuk single nya bertajuk “Words I Have Yet To Say” yang ditulis sebagai OST drama Bride of The Century. Manakala, Han Bo Reum pula seorang pelakon muda yang baru meningkat naik. Mereka pernah dipertemukan melalui drama SBS Modern Farmer yang ditayangkan pada lewat tahun 2015.

Foto kredit pada soompi.
Foto kredit pada soompi.

Sumber: korea herald