Jo Jung Suk pamerkan lakonan beremosi setelah diberitahu status terkini penyakitnya

Sebaik sahaja dimaklumkan dirinya mandul,  Lee Hwa Shin (Jo Jung Suk) tak dapat menahan sebak mengenangkan impian untuk berkahwin dengan wanita yang dicintainya, Pyo Nari (Gong Hyo Jin) akan hancur berkecai. Hwa Shin seakan-akan menyalahkan takdir kerana baginya segala-galanya yang dia lakukan selama ini sudah cukup dengan balasan menghidapi penyakit barah payu dara yang sememangnya agak jarang berlaku pada golongan lelaki.

Adegan yang dipetik daripada episod ke-21 SBS Jealousy Incarnate di atas, ditunjukkan sebaik sahaja Hwa Shin mengemukakan ‘proposal’ kepada Pyo Nari dan sebelum dia mengenalkan Pyo nari secara rasmi kepada ibunya. Dalam ‘proposal’ berkenaan, Hwa Shin mengimpikan untuk memiliki dua anak kecil bersama-sama Pyo Nari, lantas menyebabkan penonton turut sama berduka kerana menyelami perasaan Hwa Shin ketika ini.  Ianya sedikit lari daripada tema drama yang pasti menyebabkan penonton bergelak tawa walaupun adegan-adegan ditonjolkan sebenarnya menuntut emosi berlainan.

Jo Jung Suk pernah dicalonkan Best Supporting Actor dalam 1st #carikdramaawards untuk watak pembantu pengawal raja.  Pengkritik banyak memuji lakonan anti-hero yang dipersembahkan beliau dalam drama ini kerana sedikit kontra dengan perwatakan lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepada wanita.

Saksikan Jealousy Incarnate setiap hari Khamis-Jumaat di cenel 395, oneHD. Sambungan adegan di atas akan ditayangkan pada malam ini dalam episod ke-22.

https://www.youtube.com/watch?v=xuMbAiLks5U