Chansung ahli terakhir 2PM telah selamat jalani khidmat tentera bermula semalam

Chansung 2PM selamat melaporkan diri untuk khidmat tentera semalam. Chansung merupakan ahli termuda dan yang terakhir dari 2PM yang menjalani khidmat tentera. Junho baru sahaja mendaftarkan diri untuk perkhidmatan awam (masalah kecederaan bahu) beberapa hari lalu. Wooyoung,Jun. K masih menjalani khidmat tentera dengan Taecyeon baru sahaja menamatkan khidmat tenteranya. Nichkhun terkecuali kerana dia bukan warga…

Read More

B.I iKON disyaki membeli ganja & dadah jenis LSD berdasarkan bukti mesej Kakaotalk-nya dengan pembekal

Dispatch membuat pendedahan eksklusif tentang artis di bawah jagaan YG Entertainment sekali lagi. Kim Han Bin atau dikenali sebagai B.I. pula disyaki cuba membeli ganja dan dadah jenis LSD (lysergic acid diethylamide) pada tahun 2016 berdasarkan bukti kerataan mesej Kakaotalk dengan pembekal yang diperolehi oleh portal Dispatch. Lebih memburukkan lagi, polis tak menyiasatnya walaupun tahu…

Read More

[Terkini] Polis bebaskan Kim Hyung Jun SS501 daripada dakwaan merogol

Setelah hampir dua bulan disiasat, akhirnya Kim Hyung Jun telah dibebaskan daripada tuduhan merogol seorang wanita pada tahun 2010 lalu kerana polis tak menemui bukti yang mencukupi untuk mendakwanya atas kesalahan tersebut. Jurucakap balai polis Ilsan Dongbu dilaporkan berkata, “Kami telah menyimpulkan bahawa kami tak mempunyai bukti Kim Hyung Jun disyaki terlibat dalam kesalahan rogol…

Read More

Yoon Shi Yoon, Jung In Sun dan Park Sung Hoon setuju sertai bintangi tvN “Psychopath Diary”

Terkini : Yoon Shi Yoon, Jung In Sun dan Park Sung Hoon telah mengesahkan penglibatan masing-masing untuk membintangi drama terbaru tvN “Psychopath Diary”. “Psychopath Diary” mengisahkan seorang lelaki bernama Yook Dong Shik, yang secara kebetulan menyaksikan satu pembunuhan dan kehilangan ingatan selepas terlibat dalam kemalangan semasa melarikan diri dari tempat kejadian. Dia kembali bangun tanpa mengetahui…

Read More

TWICE sedia gamatkan Kuala Lumpur, tiket mula dijual 15 Jun ini!

Penantian peminat kumpulan TWICE atau lebih dikenali sebagai ONCE kini terbayar apabila diumumkan kumpulan ini akan kembali ke Kuala Lumpur Ogos depan. TWICE yang merupakan salah sebuah kumpulan penyanyi popular Korea Selatan akan menghangatkan Malaysia sempena siri jelajah konsert mereka “TWICE WORLD TOUR 2019 ‘TWICELIGHTS’ IN KUALA LUMPUR” yang akan diadakan pada 17 Ogos 2019…

Read More

Jisoo BLACKPINK & Nichkhun 2PM sertai Song Joong Ki di dalam drama bersiri tvN Arthadal Chronicles

Nichkhun 2PM dan Jisoo BLACKPINK  bakal membuat penampilan khas (“cameo”) di dalam drama tvN Arthdal Chronicles. Wakil produksi drama “Arthdal Chronicles” turut mengesahkan penampilan Jisoo di dalam drama tersebut.  Penampilan Nichkhun disahkan oleh JYP Entertainment. Mereka berharap agar pihak media faham bahawa mereka tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenai watak yang akan dilakonkan oleh Nichkhun….

Read More

[Siri 22] Keliru dengan Produk “Hydrating” dan “Moisturizing”, apakah beza antaranya?

Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf tersilap bahasa mahupun terkasar bahasa. Sempena bulan Syawal yang mulia ini, pasti ramai yang melawat ahli keluarga dan sahabat handai. Dengan cuaca yang tidak menentu, untuk mengelakkan kulit anda “break out” penulis tidak akan menyentuh isu solekan tetapi ingin memberi fokus kepada perapian wajah….

Read More

Cukup sekadar minta maaf pada Jang Jae In kerana mencuranginya, Nam Tae Hyun tetap teruskan projek muzikal

Nam Taehyun yang dihimpit dengan kontroversi curangnya terhadap kekasihnya, Jang Jae In, hari ini tetap meneruskan persembahan solo muzikal ‘Mephisto’nya pada petang ini. Menurut TV Report, Nam Tae Hyun akan datang membuat persembahan pada jam 7 petang ini selepas pihak produksi telah memutuskan untuk tetap menyenaraikan Nam Tae Hyun sebagai pelakon bagi projek muzikal tersebut….

Read More