Kerana dikecam netizen dek kontroversi Microdot, Hong Soo Hyun akhirnya minta perpisahan

Hong So Hyun dan rapper Microdot akhirnya dilaporkan berpisah setelah letih berhadapan dengan kontroversi penyonglapan duit oleh keluarga rapper Microdot yang berlarutan selama hampir dua bulan. Keluarga Microdotsmelarikan diri ke New Zealand selepas menyonglap duit rakan mereka sebanyak 2 billion won pada dua puluh tahun yang lepas.

Mengikut jurucakap industri ,” Sebaik saja tercetus saja kontroversi Microdot, mereka menjauhkan diri dan akhirnya memilih untuk berpisah. Mereka takkan menghabiskan cuti bersama-sama akhir tahun ini.” Hong So Hyun dan Microdot menjalinkan hubungan cinta sejak bulan July lepas.

Microdot dituduh oleh netizen menyembunyikan perilaku penyonglapan duit yang dilakukan oleh keluarganya. Desakan itu menyebabkan beliau terpaksa mengundurkan diri daripada membintangi program realiti tv terbitan Channel A , “The Fishermen and the City” dan menjauhkan diri daripada perhatian orang ramai. Manakala, Hong Soo Hyun pula bertalu-talu diserang oleh netizen di ruang media sosialnya.

Walaubagaimanapun, wakil agensi yang mewakili Hong So Hyun, tidak dapat mengesahkan berita perpisahan tersebut kerana kata mereka, Hong Soo Hyun sedang bercuti di luar negara. Tambah meyakinkan sebilangan pihak media lagi, Hong Soo Hyun tak memadamkan sebarang gambar bersama Microdot menunjukkan dia masih lagi dalam frasa menimbangkan hubungan mereka.

Sumber:  news chosun

loading...