Siapa sangka penyanyi yang baru saja selesai menjalani program khidmat negara, Jae Joong daripada kumpulan JYJ mampu untuk menjana populariti di kalangan peminat muzik kpop di China sehingga menempatkannya sebagai album paling digemari oleh mereka, seperti yang diumumkan dalam website Youku. Apa yang lebih mengejutkan lagi dengan promosi yang terhad di sana, album ini berjaya mendapat tempat di hati peminat China.
Rentetan daripada konsert Asia Tour dinamakan the REBIRTH of J, Jae Joong sedang giat mempromosikan album terbarunya. Konsertnya di Hong Kong kelmarin tersangatlah mendapat respons positif. Manakala, konsertnya di Jepun akan bermula pada hari ini.
Sumber: donga
loading...