Drama tvN 100 days My Husband telah labuhkan tirainya semalam dengan pungutan ‘rating’ yang agak tinggi iaitu sebanyak 14.4% di seluruh rantau Korea dan 15.2% di metropolitan Seoul mengatasi pesaingnya , SBS Where The Stars Land, MBC Bad Papa, KBS Matrimonial Chaos dan jtbc Beauty Inside di slot yang sama, menurut agensi Nielsen Korea.
Ia seterusnya meletakkan tvN 100 days My Husband antara drama tvN yang tertinggi ‘rating’ nya selepas tvN Mr. Sunshine, menjadikannya drama mingguan ketiga paling tinggi ‘rating’nya pada tahun 2018 selepas SBS Return. tvN Mr. Sunshine masih memegang takhta tersebut buat masa ini dengan nilaian sebanyak 18.1% untuk episod akhirnya.
Drama ini yang turut dibintangi oleh Do Kyung Soo dan Nam Ji Hyun berakhir dengan kedua-duanya telah berjaya mengatasi krisis pergolakan kuasa di istana yang mengkehendakkan mereka berpisah setelah berkahwin secara olok-olok selama seratus hari. Setelah berjaya menumbangkan bangsawan paling korup dan rakus tersebut, Lee Yool, putera mahkota Joseon menemui Hong Shim dan berjanji akan meluangkan hidupnya bersama gadis yang dikasihinya. Hong Shim menganggap itu satu ‘proposal’ segera menerima perlawaan Lee Yool dengan senang hati.