Gabungan Idol K-Pop baru dan lama sekali lagi menggegarkan pentas K-Wave 3

18 Ogos, 2018 – K-WAVE 3 MUSIC FESTIVAL telah berlangsung dengan jayanya untuk kali ketiga dimana ianya berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam.

Konsert kali ini dihadiri seramai 7 ribu penonton dari dalam Malaysia dan seluruh Asia untuk menyaksikan persembahan seramai 6 buah kumpulan dan seorang penyanyi solo.

Pada konsert K-Wave musim ketiga ini, penganjur telah membawakan kepada peminat di Malaysia gabungan penyanyi baru dan lama dari Korea iaitu penyanyi solo Jeong Sewoon manakala kumpulan idol iaitu Cosmic Girl atau juga dikenali WJSN, Boyfriend,EXID, MONSTAX, AOA dan kumpulan yang paling senior antara semua adalah FT Island.

Tirai persembahan bermula pada pukul 8 malam dan dimulai oleh kumpulan idol wanita iaitu WSJN yang merupakan kumpulan idol baru gabungan 2 negara iaitu Korea dan China mempersembahkan 4 buah lagu iaitu “Dream Come True”, “Secret”, “I Wish” dan “Starry Moment”.

https://www.instagram.com/p/Bmnseyxgxjz/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1vkci91c5uibz

Disusuli sejurus kemudian adalah penyanyi solo bintang kelahiran program realiti – K-Pop Star muism ke-3 yang kini mulai dikenali iaitu Jeong Sewoon. Hmm, pada peminat drama yang menjadi fenomena iaitu “What’s Wrong With Secreatary Kim” pasti akan begitu mengenali beliau disebabkan salah sebuah lagu OST yang merupakan salah satu lagu tema drama tersebut berjudul “It’s You” namun sayang sekali impian peminat tidak kesampaian untuk mendengar beliau menyanyikan lagu tersebut secara live. huhu…frust iols…

Seperti juga WSJN, beliau juga menyampaikan 4 buah lagi dari album terbaru beliau iaitu “20 SOMETHING”, “Toc, Toc”, “Irony” dan lagu nukilan beliau sendiri iaitu “Just U”.

AOA (Ace Of Angel), pasti ramai yang mengetahui mereka pernah dating ke Malaysia dan ini adalah kali ke-2 mereka menjejakkan kaki ke Malaysia namun kemunculan mereka pada kali ini tanpa kehadiran Kwon Min-ah atau lebih dikenali dengan panggilan Mina. Beliau dikhabarkan kurang sihat dan sedang berehat di hospital.

AOA menyampaikan 6 buah lagu iaitu “Bingle Bangle”, “Excuse Me”, “Bing Bing”, “Like A Cat”, “Miniskrit” dan “Heart Attack”.

Suasana mulai semakin panas dengan kemunculan BOYFRIEND. Seperti juga AOA, ini adalah kali ke-2 kedatangan mereka ke Malaysia. Walaupun tanpa kehadiran album terbaru namun sambutan hangat untuk kumplan ini adalah amat mengujakan, apatah lagi ketika admin Kmania membuat live steaming persembahan mereka. Rata-rata peminat menyatakan kerinduan mereka terutamanya peminat dari negara Indonesia dan menginginkan sebolehnya BOYFRIEND dapat mengunjungi peminat mereka di Indonesia.

Apatah lagi BOYFRIEND juga berjanji akan cuba menunaikan harapan peminat untuk mengadakan solo konsert di Malaysia nanti. Menyampaikan 4 buah lagu dari album lama iaitu “ Star”, “Obsession”, “I’ll be there” dan lagu hit mereka “I Yah”.

Kemunculan kumpulan idol wanita senior iaitu EXID dimana peminat suka memanggil mereka dengan panggilan Queen dihadapan nama mereka tanpil seksi and memukau peminat. EXID juga berkata jika mereka mempunyai peluang sudah pasti mereka akan datang mengunjungi Malaysia kerana sebelum ini mereka pernah mengadakan persembahan di Singapura pada tahun lepas.

Menyampaikan sebanyak 6 lagu dari album lama dan single terbaru mereka seperti “ LADY”, “DDD”, “Night Rather Than Day”, “Ah Yeah”, “Hot Pink” dan “UP & DOWN”.

MONSTA X, screammmm…. Kumpulan ini belum keluar lagi, peminat sudah hampir hysteria dengan keterujaan. Tampil dengan sut serba putih sudah pasti membuatkan peminat . Semasa admin Kmania membuat live streaming, peminat yang tidak berkesempatan dating pada konsert k-wave 3 ini tidak putus-putus meminta supaya admin Kmania berterusan membuat live stereming terutama persembahan MONSTA X ini. Bukan sahaja peminat wanita ada juga termasuk peminat lelaki. Namun apakan daya disebabkan kekurangan kuasa beteri telephone maka live steaming tersebut terputus ditengah jalan.

Oleh itu pihak admin Kmania memohon ribuan kemaafan disebabkan perkara ini. Untuk sebarang konsert atau persembahan yang akan datang, kami akan pastikan untuk membuat persediaan secukupnya ya! …hehehe….

Sebanyak 5 lagu yang dipersembahkan oleh mereka diantaranya “ DRAMARAMA”, “From Zero”, “White Love”, “Be Quiet”, “Special” namun disebabkan sambutan yang hangat dan tanpa henti dari peminat dengan senang hatinya mereka mempersembahkan sebuah lagu hit mereka iaitu “Jealousy” dengan ini membuatkan mereka menyampaikan sebanyak 6 lagu sekaligus.

Persembahan terakhir, baiklah tidak dinafikan persembahan ini adalah persembahan yang amat ditunggu-tunggu oleh kesemua peminat tega di Malaysia. FT Island mempunyai sejarah tersendiri di Malaysia daripada manis sehingga kenangan pahit. Untuk persembahan terakhir ini semasa pihak crew mengambil masa selama 20 minit untuk menyediakan peralatan music untuk digunakan oleh FT Island.

Pastinya peminat amat teruja kerana persembahan secara live dari Ft Island apa tah lagi sudah lama tidak mendengar suara merdu penyanyi utama iaitu HongKi.

https://www.instagram.com/p/Bmn9kJ5gdbS/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=13ctzg08z98h0

Namum pemulaan lagu persembahan FT Island agak sedikit tidak sedap didengari oleh sebab suara Hongki ditenggelamkan dengan bunyi music yang sangat kuat dan ini sudah pasti membuatkan peminat sedikit kecewa, tapi tidak lama selepas itu atas usaha keras pihak crew akhirnya dapat memperbaiki system bunyi tersebut.

FT Island meluahkan perasaan rindu mereka kepada peminat Malaysia dan mereka juga berjanji pada masa hadapan akan pasti mengunjungi Malaysia apabila mereka selesai mengeluarkan album penuh terbaru mereka dan dalam perancangan untuk melakukan konsert jelajah asia nanti.

https://www.instagram.com/p/BmoMfJtAOOI/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1gef5hpdh3a81

Mempersembahkan 6 buah lagu iaitu “ PRAY”, “Out of Love, “ Summer Night Dream”, “Champagne”, “The Night’ dan “Take Me Now”.

Konsert yang berlangsung selama 3 jam ini berakhir dengan pengumuman dari pihak pengajur mengabarkan akan meneruskan legasi k-wave 4 pada tahun hadapan dengan barisan artis yang akan diumukan pada tahun hadapan.

Sementara itu pada bulan October, Stadium Melawati Shah Alam akan bakal digegarkan lagi dengan konsert berterusan sepanjang 2 hari dengan kehadiran artist kumpulan ternama iaitu IKON dan WINNER.

Ribuan terima kasih kepada pihak pengajur MCALLS dan diuruskan oleh MacpiePro dengan kerjasama MSR kerana membari peluang kepada Kmania untuk menyaksikan konsert ini.

Artikel ini disediakan oleh : Isabel

loading...