Annyeong Yeorobun!!
Kita bakal memasuk bulan Ogos kurang dari 2 jam lagi. Kita telah disajikan dengan pelbagai genre drama Korea dalam tahun 2018 ini. Biarpun sesetengah drama masih lagi ditayangkan, setiap bulan drama-drama Korea yang baru akan turut mengambil bahagian bagi mengisi slot drama yang telah berakhir.
Bulan Ogos ini, kami highlight kan tiga drama yang bakal menjadi pilihan anda.
1. Familiar Wife (tvN)
tvN Familiar Wife akan mempaparkan kisah rumah tangga bermasalah yang dihadapi oleh pasangan Cha Joo Hyuk (lakonan Ji Sung) dan Seo Woo Jin (lakonan Han Ji Min) setelah selama lebih lima tahun melayari bahtera bersama. Cha Joo Hyuk bekerja sebagai agen sebuah bank tempatan tetapi disebabkan kos hidup semakin meningkat dengan gaji sedikit menyebabkan beliau tersepit dalam memberikan kebahagiaan kepada satu-satunya isteri tercinta, Seo Woo Jin. Seo Woo Jin pula bekerja untuk membantu menyara hidup mereka sekeluarga.
Suatu hari, Cha Joo Hyuk memikirkan sesuatu harus dibuat. Dengan hanya satu keputusan dilakukan, ia dapat mengubah segala-galanya termasuklah keperitan dialaminya selama ini termasuklah penceraian yang hampir-hampir berlaku di antara mereka. Drama ini turut menyelitkan beberapa adegan yang menarik yang berhubung-kait tentang putaran kehidupan di mana setiap orang pernah sekali memikirkan mengenainya dalam kehidupan masing-masing.
Turut membintangi drama ini adalah Cha Hak Yeon (N VIXX), Kang Han Na, Park Hee Von, Park Won Sang dan ramai lagi. tvN Familiar Wife ditulis oleh Yang Hee Seung yang pernah dicalonkan ‘Best Screenplay’ 4th CARI Kdrama Awards menerusi naskah tvN Oh My Ghost, dan diarahkan oleh Lee Sang Yeob, pengarah yang juga pernah dicalonkan melalui drama komedi ‘shopaholic’, MBC Shopping King Louis. Ia akan disiarkan pada 2 Ogos 2018 di Astro tvN Ch 395 jam 10 malam bagi menggantikan drama “What’s Wrong With Secretary Kim”.
YT = https://www.youtube.com/watch?v=Jk8ONcYE5t4
2. Voice 2 (OCN)
“Voice 2” adalah sekuel dari drama “Voice” yang ditayangkan pad tahun 2017. Ia masih lagi bergenrekan drama thriller mengisahkan kehidupan pekerja pusat panggilan kecemasan 112 (911 di Korea) dan bagaimana mereka bertindak balas ketika menerima panggilan kecemasan dan panggilan berkaitan hidup dan mati daripada orang ramai. Ia juga akan memaparkan bagaimana pasukan penyiasat yang menyiasat kejadian jenayah berdasarkan panggilan yang diterima.
Lee Ha Na masih masih membawakan watak Kang Kwon Joo seorang profiler dan Lee Jin Wook akan muncul sebagai detektif Do Kang Woo.
Tenaga produksi menyatakan, “Selepas Musim pertama, penulis Ma Ji Won telah menulis cerita realistik tentang jenayah yang berlaku di sekeliling kita, bahaya yang menanti, dan bagaimana untuk mencegahnya. Penonton akan dapat mengalami catharsis kerana kesemua watak akan menyelamatkan mangsa dalam masa tiga minit masa keemasan yang di antara kes jenayah yang serius.
Drama ini akan diarahkan oleh Lee Seung Young, yang telah mengarahkan drama seperti “Chosun C.S.I Byul Soon Gum,” “TEN” dan “Missing Noir M.” Skrip Voice 2 ini akan ditulis oleh Ma Jin Won, yang juga menulis skrip untuk musim pertama.
“Voice 2” bakal bersiaran pada 11 Ogos depan bagi mengisi slot drama hujung minggu pada jam 10.20 malam di OCN.
Yt : https://www.youtube.com/watch?v=uF-ADDP1xj4
3. Lovely Horribly (KBS)
“Lovely Horribly” adalah sebuah skrip yang telah memenangi hadiah utama di pertandingan penulis skrip drama bersiri tahun lepas. Ia merupakan sebuah drama bertemakan komedi seram romantis yang mengisahkan tentang seorang bintang terkenal dan seorang penulis skrip drama yang berkongsi takdir yang sama serta kejadian aneh yang berlaku di sekeliling mereka.
Park Shi Hoo sebagai Yoo Philip akan memainkan pelakon A-list yang berjaya dan selalu bertuah. Sementara Song Ji Hyo sebagai Ji Eul Soon akan menjadi seorang penulis skrip drama yang tidak bertuah kerana apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang. Lee Gikwang akan memegang watak sebagai Sung Joong, seorang pengarah produser baru (PD) yang memegang kunci untuk membuka rahsia plot drama itu. Sung Joong dijadikan salah satu watak yang penting untuk meningkatkan ketegangan dalam drama.
Drama ini turut dibintangi oleh Hahm Eun Jung, Choi Yeo Jin, Ji Seung Hyun dan ramai lagi. “Lovely Horribly” ini akan bersiaran di Astro – KBS Ch 391 dan Ch 392(HD) bermula 14 Ogos setiap Selasa dan Rabu pada 8.55 Malam bagi menggantikan drama “Are You Human, Too?”.
Jadi, drama yang mana menjadi pilihan anda?