Uhm Ki Joon akan kembali ke skrin televisyen anda dengan drama baru!
Pelakon tersebut telah disahkan untuk muncul dalam drama SBS yang akan datang “Thoracic Surgery” di mana dia akan muncul sebagai pakar bedah toraks yang mahir. Doktor bedah thoracic adalah doktor yang beroperasi pada organ di dada seperti jantung, paru-paru, dan esophagus (kerongkongan).
Nota: Baca lanjut SINI untuk ketahui apa itu pakar bedah toraks.
Erti kata lain “Thoracic Surgery” adalah “dua nyawa, satu hati” dan beliau akan menjadi seorang doktor toraks yang terdesak serta sering berada dipersimpangan dilema. menghadapi masalah.
Drama bertemakan perubatan baru ini akan diarahkan oleh Jo Young Kwang dan ditulis oleh Choi Soo Jin dan Choi Chang Hwan, yang sebelum ini pernah bekerjasama dalam drama hit “Defendant” pada tahun 2017. Uhm Ki Joon juga turut muncul dalam drama ini di mana dia memainkan kedua-dua watak adik beradik kembar Cha Sun Ho dan Cha Min Ho yang mempunyai personaliti yang bertentangan. Uhm Ki Joon juga telah dipilih sebagai Popular Villain bagi Anugerah CariKdrama 2017 menerusi drama yang sama.
Untuk drama terbarunya, Uhm Ki Joon akan membawakan watak Choi Suk Han, seorang pakar bedah toraks dengan kemahiran terbaik namun tidak mendapat sebarang keistimewaan kerana beliau adalah lulusan universiti tempatan sahaja. Selepas mendapat peluang keemasan, beliau membuat keputusan yang berbeza daripada rakan rapatnya Tae Soo (dimainkan oleh Go Soo), dan kedua-duanya akan bersaing antara satu sama lain.
Choi Suk Han adalah watak yang digambarkan mempunyai pelbagai personaliti yang kompleks. pelbagai rupa dengan personaliti yang kompleks. SBS mengatakan watak antagonis lakonan Uhm Ki Joon sebagai Cho Min Ho dalam drama “Defendant” sangat meninggalkan kesan. Uhm Ki Joon dikatakan setuju untuk membintangi drama itu atas kepercayaannya terhadap pihak produksi.
Tayangan perdana “Thoracic Surgery” akan bermula September depan selepas tayangan drama “Dear Judge” lakonan Yoon Shi Yoon berakhir.
Sumber : sedaily | yonhapnews