Wooyoung dari kumpulan 2PM akan mula jalani khidmat ketenteraannya bulan depan.
Baca juga : Antara bintang Korea yang bakal ‘enlist’ tahun ini
Pada 29 Jun, sumber dari industri hiburan menyatakan Idol ini akan mendaftar masuk untuk jalani khidmat ketenteraannya pada 9 Julai depan dan akan menggalas tugas sebagai askar aktif.
Sumber dari agensi JYP Entertainmen mengesahkan perkara ini dan memberithu, “Ya, memang benar Wooyoung akan mendaftar pada tarikh tersebut (9 Julai), tapi kami tidak akan berkongsi lokasi pusat latihan kerana beliau inginkan privasi untuk mendaftar masuk secara senyap tanpa menjadi tumpuan umum.”
Wooyoung akan menjadi ahli ketiga kumpulan 2PM yang mendaftar masuk jalani khidmat ketenteraan selepas Taecyeon dan Jun.K. Sebelum pengumuman ini dibuat, Wooyoung pernah menyentuh perkara ini semasa pertemuan bersama peminatnya. Beliau turut menyatakan, “Saya akan kembali dan berdiri di hadapan anda sebagai seorang lelaki sejati dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.”
Selamat menjalani khidmat ketenteraan dengan penuh semangat Wooyoung!
Sumber : yonhapnews