2018 SEVENTEEN Concert ‘IDEAL CUT’ in Malaysia mula dijual 28 Jun ini

Annyeong Yorubun terutamanya CARATS

Kumpulan SEVENTEEN dianggotai oleh 13 jejaka terdiri daripada S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, The8, Mingyu, DK, Seungkwan,Vernon dan Dino akan kembali ke Malaysia Julai depan. Untuk makluman, pada tahun lepas, kumpulan ini telah mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia.

Kali ini, Fast Track Events dengan kerjasama PLEDIS ENTERTAINMENT, Live Nation Korea dan ShowNote mempersembahkan secara eksklusif 2018 SEVENTEEN Concert ‘IDEAL CUT’ in Malaysia. Kumpulan ini juga turut mengadakan konsert yang sama di Singapura. Pastinya berita ini menggembirakan para peminat mereka yang turut dikenali sebagai CARAT untuk turut sama menyaksikan persembahan bertenaga kumpulan ini.

SEVENTEEN yang semakin meningkat naik serta mengecapi populariti telah membuktikan penjualan tiket mereka di Korea habis dalam masa yang cukup singkat. Oleh yang demikian, pastikan anda mendapatkan tiket konsert ini sebelum kehabisan. Tiket bagi 2018 SEVENTEEN Concert ‘IDEAL CUT’ in Malaysia akan mula dijual pada 28 Jun ini (Khamis) secara online bermula pada 10 pagi menerusi laman sesawang ticketcharge. Bagi pemegang tiket VIP untuk konsert ini, korang berpeluang memenangi  Sound Check pass.

Berikut adalah maklumat mengenai 2018 SEVENTEEN Concert ‘IDEAL CUT’ in Malaysia

2018 SEVENTEEN Concert ‘IDEAL CUT’ in Malaysia

Date: 23 September 2018
Time: 6PM
Venue: Mines International Exhibition & Convention Centre
Ticket Price: VIP-RM488, Cat 1-RM388, Cat 2-RM288, Cat 3-RM198, Cat 4-RM98
*Ticket prices exclude processing & handling fee
Booking website: www.ticketcharge.com.my

Jadi, rancang perbelanjaan anda, dan belilah tiket secara professional juga berhemah. Hindari membeli sebarang tiket dari mereka yang dikenali sebagai ulat tiket. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh ikut Fast Track Event di FB mereka.

loading...