Adakah Jang Dong Gun, Song Joong Ki dan Kim Ji Won akan jadi gandingan yang hebat?

Terdahulu Kim Ji Won dan Song Joong Ki ditawarkan bintangi drama terbaru berkisarkan sejarah  bertajuk Asadal. Terkini Jang Dong Gun dikatakan turut ditawar bintangi drama tersebut.

Wakil Jang Dong Gun menyatakan pada 24 Mei bahawa, “Dia telah ditawarkan untuk membawakan watak utama dalam drama Asadal.  Walau bagaimanapun, tiada apa yang boleh disahkan buat masa sekarang.” Jika dia menerima tawaran tersebut, Jang Dong Gun akan bekerjasama dengan Song Joong Ki dan Kim Ji Won, di mana keduanya juga masih dalam proses mempertimbangkan tawaran terbabit.

Jang Dong Gun kini membintangi drama baru KBS – Suits yang disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis. Drama tersebut mendapat ulasan positif daripada penonton yang teruja dengan jalan cerita serta watak yang dibawakannya sehinggakan penonton teruja untuk menunggu episode seterusnya.

Baca juga : 6 sebab ini kenapa anda perlu tonton drama Suits

“Asadal” ini akan ditulis bersama oleh Kim Young Hyun dan Park Sang Yeon yang sebelum ini pernah menghasilkan naskhah  “The Great Queen Seon Deok,” “Tree with Deep Roots” dan “Six Flying Dragons”. Drama ini akan diarahkan oleh pengarah (PD) Kim Won Suk, yang pernah mengarahkan  “Incomplete Life (Misaeng),” “Signal,” dan yang terbaru “My Ahjussi.”

“Asadal” adalah sebuah drama fantasi peredaran masa  yang berkisarkan tentang kuasa, cinta, dan pembangunan yang berlaku di bandar Asadal, yang dikatakan sebagai ibu kota di zaman Gojoseon.

Sumber : sedaily | Naver

Photo credit as appeared

loading...