Lee Dong Gun akan kembali menghiasi kdrama selepas Queen for Seven Days! Bapa baru ini akan menyertai Rain untuk drama ini yang juga boleh dikatakan seorang bapa baru juga.
Pada 5 Mac hari ini, agensinya Lee Dong Gun, FNC Entertainment mengulas berkaitan perkara ini, “Lee Dong Gun telah mengesahkan untuk membintangi ‘drama Sketch’ JTBC.”
Sketch adalah sebuah drama aksi mengenai takdir dan percintaan di mana orang yang saling menyayangi berjuang untuk mengubah takdir mereka. Sebelum ini, Rain telah bersetuju untuk membintangi drama ini.
Drama ini diarahkan oleh Im Tae Woo, yang sebelum ini pernah bekerja untuk Yoo Na Street dan The Duo. Sketch dijadualkan untuk bersiaran pada bulan Mei.
Sumber : Naver