Sebelum ini, YG Entertainment menyatakan bahawa G-Dragon dan Taeyang akan memulakan khidmat negaranya tahun ini tanpa menyatakan sebarang maklumat lanjut. Tetapi, pada hari ini agensi kepada ketua kumpulan Big Bang ini telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini.
YG Entertainment menyatakan “Memang benar G-Dragon telah menerima notis draf berkaitan kemasukan perkhidmatan ketenteraan. Ahli-ahli BIGBANG yang lain juga selalu berfikir untuk mendaftar apabila mereka menerima notis draf mereka. Oleh itu, G-Dragon akan disenaraikan sebagai tentera yang aktif pada 27 Februari ini. Buat masa sekarang, kami hanya dapat berkongsi mengenai tarikh yang telah ditetapkan sahaja. Lokasi pendaftaran serta penempatan tidak didedahkan.”
Agensi terbabit juga menambah, “G-Dragon memilih untuk memasuki program ketenteraan secara senyap tanpa mengadakan sebarang parti atau pertemuan dengan peminat untuk mengelakkan sebarang kekecohan. G-Dragon juga akan melaksanakan tugasnya sebagai seorang tentera dengan penuh dedikasi dan tekun.”
Mengetahui bahawa dia akan mendaftar pada tahun ini, G-Dragon pernah menyatakan perasaannya mengenai perkara ini semasa konsert akhir BIGBANG di Gocheok Sky Dome. Beliau berkata, “Sama seperti musim bunga yang bertukar selepas musim sejuk, saya berharap semua orang akan kekal sihat dan jangan bersedih. Kita akan berjumpa lagi nanti. Kami berlima sentiasa mengharapkan kebahagiaan buat anda semua. Inilah sumber kekuatan kami. Kami harap anda akan sabar menunggu kami untuk bersatu kembali. Percayalah kasih dan sayang kami tidak akan pernah berubah.”
Sumber : OSEN