Drama baharu lakonan Nam Joo Hyuk, “The East Palace”, akhirnya mengesahkan tarikh tayangannya dengan pelancaran poster pertama yang penuh misteri.
“The East Palace” mengisahkan Gu Cheon (Nam Joo Hyuk), seorang lelaki yang mampu merentasi dunia manusia dan alam roh, serta Saeng Gang (Roh Yoon Seo), dayang istana yang memiliki kebolehan mendengar suara roh. Mereka dipanggil oleh Raja (Cho Seung Woo) untuk membongkar rahsia gelap yang menyelubungi sebuah istana berhantu.
Drama ini diarahkan oleh Choi Jung Gyu, yang sebelum ini mengarahkan The Devil Judge dan Children of Nobody, manakala skripnya ditulis oleh Kwon So Ra dan Seo Jae Won, gandingan penulis di sebalik Bulgasal: Immortal Souls serta The Guest.
Poster pertama yang didedahkan memperlihatkan Gu Cheon melangkah ke dalam kolam gelap dengan tubuh terikat, diiringi ranting pokok pic di belakangnya serta cahaya merah yang menyelubungi suasana, mencipta aura misteri dan ketegangan.

Tagline “Beyond the boundaries of the Real World into the Spirit Realm” memberi bayangan perjalanan merentasi sempadan antara dunia nyata dan alam roh.
Selepas membintangi Start-Up, Twenty-Five Twenty-One dan Vigilante, Nam Joo Hyuk kembali dengan watak Gu Cheon yang penuh misteri. Beliau bergandingan dengan Roh Yoon Seo, yang dikenali menerusi 20th Century Girl dan Crash Course in Romance, sebagai Saeng Gang.
“The East Palace” dijadualkan mula ditayangkan pada 17 Julai secara eksklusif di Netflix.
Sumber : 1 |

