Kumpulan dance dan vokal Jepun THE RAMPAGE from EXILE TRIBE di bawah LDH JAPAN dan Avex mengumumkan pelancaran single ke-27 mereka berjudul “BLACK TOKYO”.
Sebelum pelancaran fizikal rasmi, lagu tersebut telah tersedia di platform digital bermula 15 April 2026, manakala video muziknya turut dilancarkan menerusi saluran YouTube rasmi kumpulan itu.
Lagu “BLACK TOKYO” dipilih sebagai lagu tema untuk filem aksi Jepun terbitan KADOKAWA berjudul TOKYO BURST -Hanzai Toshi-, sebuah karya original yang berkait dengan siri aksi Korea popular The Roundup.
Dengan rentak penuh tenaga dan atmosfera gelap metropolis moden, “BLACK TOKYO” mengetengahkan konflik dalaman, keadilan dan ketabahan dalam dunia yang dipenuhi penipuan dan kebenaran yang bertembung.
Lagu ini menampilkan vokal daripada RIKU, Hokuto Yoshino, Kenta Kamiya, YAMASHO dan Takahide Suzuki, sekali gus menyerlahkan evolusi muzik serta emosi mendalam kumpulan tersebut.
Selain “BLACK TOKYO”, versi fizikal single ini turut memuatkan lagu “Maverick”, yang juga digunakan sebagai lagu tema kedua untuk filem sama.
Pelancaran fizikal akan hadir dalam beberapa edisi termasuk versi dengan video muzik dan rakaman belakang tabir. Edisi deluxe khas yang dijual eksklusif menerusi kedai rasmi LDH pula akan mengandungi rakaman persembahan live THE RAMPAGE serta barangan koleksi khas untuk peminat.
Ditubuhkan pada tahun 2014 dan debut rasmi pada 2017, THE RAMPAGE from EXILE TRIBE merupakan kumpulan 16 ahli yang terkenal dengan persembahan bertenaga tinggi serta gabungan elemen hip-hop, tarian dan pop moden.
Menerusi “BLACK TOKYO”, THE RAMPAGE membuka lembaran baharu yang lebih sinematik dan berani, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka di pentas global.
Jom saksikan dahulu MV “BLACK TOKYO” dari THE RAMPAGE


