4 Sebab Kenapa Drama Baharu Lim Ji Yeon & Heo Nam Jun “My Royal Nemesis” Perlu Ditonton

Drama baharu “My Royal Nemesis” berkongsi empat sebab utama kenapa penonton patut nantikan tayangannya.

“My Royal Nemesis” ialah drama komedi romantik yang dibintangi Lim Ji Yeon sebagai Shin Seo Ri, seorang pelakon yang sedang bergelut dalam hidup sebelum tiba-tiba dirasuk roh wanita jahat terkenal dari era Joseon.

Sementara itu, Heo Nam Jun memainkan watak Cha Se Gye, pewaris chaebol kejam yang digelar sebagai “monster ciptaan kapitalisme.”

Menjelang tayangan perdana drama ini, berikut empat sebab kenapa “My Royal Nemesis” patut diberi perhatian:

1. Keserasian Huru-Hara Antara Lim Ji Yeon & Heo Nam Jun

Antara perkara paling dinantikan sudah tentu gandingan Lim Ji Yeon dan Heo Nam Jun.

Daripada pertemuan pertama yang penuh kekecohan sehingga “bertarung bunga”, kedua-dua pelakon dijangka menghiburkan penonton dengan chemistry bickering yang unik dan penuh chaos.

Penonton juga tidak sabar melihat bagaimana hubungan antara Shin Seo Ri — wanita era Joseon yang tiba-tiba muncul di abad ke-21 — dengan chaebol terkenal Cha Se Gye akan berkembang menjadi kisah romantik.

2. Transformasi Lim Ji Yeon Dalam Genre Komedi

“My Royal Nemesis” turut menjadi cabaran baharu buat Lim Ji Yeon apabila ini merupakan drama komedi pertamanya selepas tampil dengan watak intens dalam The Glory dan The Tale of Lady Ok.

Sebagai wanita Konfusianisme abad ke-18 yang tiba-tiba tercampak ke dunia moden, dia bukan saja perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan abad ke-21, malah tampil dengan personaliti berani dan lantang yang bercakap tanpa berselindung.

3. Barisan Pelakon Sokongan Yang Mantap

Drama ini turut diperkuatkan dengan barisan pelakon sokongan menarik termasuk Jang Seung Jo sebagai Cha Moon Do yang bercita-cita menjadi pewaris Cha Il Group.

Turut membintangi drama ini ialah Kim Min Seok sebagai Baek Gwang Nam, penganggur yang tinggal bersebelahan Seo Ri sebelum tanpa sengaja terlibat dalam hidupnya.

Lee Se Hee pula memainkan watak Yoon Ji Hyo, bintang terkenal dan satu-satunya pesaing Seo Ri.

Selain itu, Chae Seo An tampil sebagai Mo Tae Hee, blind date misteri Se Gye, manakala Kim Hae Sook membawakan watak nenek Seo Ri yang menjadi satu-satunya ahli keluarga yang dimilikinya.

Pelakon Stefanie Michova juga dijangka menambah lagi elemen segar dan menyeronokkan dalam drama ini.

4. Ending Setiap Episod Dijangka Buat Penonton Tak Sabar Nantikan Episod Seterusnya

Satu lagi perkara yang patut dinantikan ialah ending setiap episod yang dikatakan penuh suspen dan mendebarkan.

Pengarah Han Tae Seob turut yakin bahawa penonton pasti mahu terus menonton episod seterusnya selepas melihat ending setiap episod.

Menurutnya, setiap ending akan perlahan-lahan merungkai hubungan takdir antara Seo Ri dan Se Gye sekali gus membuatkan penonton terus melekat dengan jalan cerita drama ini.

“My Royal Nemesis” bakal mula ditayangkan pada 8 Mei jam 9:50 malam (KST) dan boleh ditonton diplatform Netflix.

Sumber : 1