Hyun Bin, Jung Woosung & Woo Dohwan kembali dengan konflik lebih tegang
Disney+ telah berkongsi pandang pertama untuk Made in Korea Musim 2 menerusi beberapa imej baharu yang tampil dengan mood gelap dan penuh dramatik, sekali lagi menampilkan Hyun Bin, Jung Woosung dan Woo Dohwan.
Disenaraikan sebagai antara “k-drama paling dinanti 2026” oleh TIME, musim kedua ini bersambung sembilan tahun selepas peristiwa musim pertama.
Kali ini, Baek Kitae sudah berada di puncak kuasa. Dalam masa sama, pendakwa raya Jang Geonyoung—yang masih menyimpan dendam—kembali dengan satu misi: menjatuhkannya.
Bila dua kuasa besar bertembung—satu sukar dikalahkan, satu lagi tak pernah mengalah—persoalannya, mampukah sistem kuasa di Korea bertahan dengan konflik yang bakal meletus?
Barisan Pelakon Utama
Musim 2 menyaksikan kemunculan semula:
- Hyun Bin (Crash Landing On You, Confidential Assignment) sebagai Baek Kitae
- Jung Woosung (12.12: The Day, Hunt) sebagai Jang Geonyoung
- Woo Dohwan (Bloodhounds, Mr. Plankton) sebagai Baek Kihyun, adik kepada Kitae
First Look: Lebih Berat, Lebih Tegang
Antara yang paling mencuri perhatian ialah siri gambar baharu yang memperlihatkan aura lebih berat apabila Baek Kitae, Jang Geonyoung dan Baek Kihyun kembali dengan kehadiran yang lebih kuat.
Baek Kitae dilihat duduk di meja pejabatnya, tenggelam dalam fikiran. Wajahnya tenang, dingin dan penuh keyakinan—jelas menunjukkan dia kini berada di puncak kuasa.

Jang Geonyoung pula, yang sebelum ini berdepan pengakhiran pahit dalam Musim 1, tampil berbeza kali ini. Jika dulu dia penuh emosi dan obses, kini dia kelihatan lebih tenang dan terkawal—seolah-olah sedang bersedia untuk satu lagi pertembungan besar.

Sementara itu, Baek Kihyun mencuri perhatian dengan pandangan yang tajam dan stabil ketika memegang gagang telefon. Sebagai figura di tengah-tengah konflik antara abangnya dan Jang Geonyoung, kehadirannya menimbulkan persoalan—bagaimana dia akan mengubah keseimbangan kuasa?

Momen paling tegang pastinya apabila dua beradik ini, Baek Kitae dan Baek Kihyun, berdepan antara satu sama lain dengan ekspresi tajam. Situasi ini memberi bayangan konflik besar yang bakal berlaku—dan membuatkan penonton semakin tertanya-tanya arah cerita seterusnya.

Produksi
Musim ini ditulis oleh Park Eunkyo (The Silent Sea, Mother), diarahkan oleh Woo Minho (The Man Standing Next, Inside Men), dan diterbitkan oleh Hive Media Corp.
Imbas Kembali Musim 1
Sebelum ini, Made in Korea Musim 1 mencipta rekod sebagai tayangan perdana Korean Original paling banyak ditonton di Disney+ rantau APAC pada tahun 2025.
Kisahnya mengikuti Baek Kitae, seorang ejen KCIA yang hidup dengan dua identiti—siang sebagai ejen kerajaan, malam pula mengendalikan operasi haram.
Dengan kepintaran dan strategi licik, dia membina kuasa, melindungi adiknya dan menjana kekayaan. Namun, satu-satunya halangan besar ialah Jang Geonyoung—pendakwa raya yang tak boleh dibeli atau dipengaruhi.
Pertembungan dua watak ini menjadi teras utama cerita—perang kuasa yang penuh risiko dan tekanan.
Nantikan Musim 2
Maklumat lanjut mengenai Made in Korea Musim 2 akan diumumkan tidak lama lagi.
Sementara itu, korang boleh strim Made in Korea Musim 1 sekarang secara eksklusif di Disney+.

