6 Drama Korea Terbaru Mei 2026 Yang Perlu Masuk Watchlist Korang

Annyeong, chinguyaa~

Masuk Mei, masuk lineup baru! 
Bulan ni, K-drama datang dengan pelbagai vibe—romantik, kelakar, sampai yang penuh misteri dan suspen. Confirm ada yang terus masuk watchlist korang.

Dengan pelakon hebat dan cerita yang makin fresh, setiap drama ada daya tarikan tersendiri—ada yang buat kita senyum, ada juga yang buat kita tak senang duduk tunggu sambungan.

Jom tengok 6 drama Korea terbaru yang bakal bersiaran sepanjang Mei 2026.

1. My Royal Nemesis

  • Tarikh Tayangan: 8 Mei 2026
  • Penyiar: SBS | Netflix
  • Genre: Romantic Comedy, Fantasy
  • Barisan Pelakon: Lim Ji Yeon, Heo Nam Jun

My Royal Nemesis mengisahkan Kang Dan-Sim, gundik diraja licik dari era Joseon yang dijatuhkan hukuman mati dengan racun, dengan Im Ji-yeon membawakan dua watak berbeza yang menggabungkan sisi jahat dan pesona.

Namun bukannya mati, jiwanya tiba-tiba berpindah ke tahun 2026 dan memasuki tubuh Shin Seo-Ri—seorang pelakon yang kurang dikenali dan sedang menjalani penggambaran drama sejarah.

Kekacauan bermula apabila watak dari masa lalu ini membawa sifat manipulatifnya ke dunia moden. Dia kemudian bertemu Cha Se-Gye (Heo Nam-jun), pewaris chaebol yang dingin dan sentiasa mahukan segalanya ikut cara sendiri.

Pertembungan mereka mencetuskan hubungan cinta-benci yang penuh drama—dan persoalannya, mampukah wanita dari era Joseon ini mengubah nasib tragisnya di abad ke-21?

2. The Legend of Kitchen Soldier

  • Tarikh Tayangan: 11 Mei 2026
  • Penyiar: tvN, TVING, HBO Max Malaysia
  • Genre: Military, Comedy, Fantasy
  • Barisan Pelakon: Park Ji Hoon, Yoon Kyung Ho, Lee Sang Yi, Jung Woong In

Diadaptasi daripada webtoon popular Naver, The Legend of Kitchen Soldier membawa kisah unik tentang kehidupan tentera dengan sentuhan fantasi dan komedi.

Kang Seong-Jae (Park Ji-Hoon), seorang pemuda dari latar belakang susah, menyertai tentera untuk mengubah hidupnya. Namun segalanya berubah bila sistem “quest” seperti permainan tiba-tiba muncul dan membimbingnya.

Melalui misi tersebut, Seong-Jae menemui bakat luar biasa dalam memasak dan mula mengejar impian menjadi chef terbaik dalam tentera. Dengan senduk menggantikan senjata, dia berdepan cabaran di dapur sambil membongkar rahsia unitnya—dan perlahan-lahan menaikkan semangat rakan-rakan melalui masakan.

3. Azure Spring

  • Tarikh Tayangan: 11 Mei 2026
  • Penyiar: MBN Plus, KOCOWA+
  • Genre : Romance, Healing, Drama
  • Barisan Pelakon: Yeri (RED VELVET), Kang Sang-Jun

individu yang rasa hidup mereka seperti terhenti, atas sebab yang berbeza.

Anna (Yeri), bekas atlet renang negara, terpaksa melupakan kerjayanya selepas mengalami kecederaan serius—meninggalkan dia dengan rasa takut dan hilang arah tentang masa depan. Untuk menjauhkan diri, dia pulang ke kampung tepi laut milik ibunya.

Di sana, dia bertemu Deok-Hyun (Kang Sang-jun), bekas anggota pasukan khas tentera laut yang kini memilih hidup menyendiri, dibayangi kisah silam yang gelap.

Dalam usaha mencari makna hidup baharu, mereka mula bekerja sebagai penyelam tradisional. Dalam ketenangan laut, mereka perlahan-lahan belajar untuk bangkit semula—dan saling menyembuhkan luka masing-masing.

4. The WONDERfools

  • Tarikh Tayangan: 15 Mei 2026
  • Penyiar: Netflix
  • Genre: Fantasy, Action, Comedy
  • Barisan Pelakon: Park Eun Bin, Cha Eun Woo, Im Sung Jae, , Choi Dae Hoon, Son Hyun Joo

The WONDERfools ialah drama adiwira dengan sentuhan komedi, berlatar tahun 1999.

Kisah ini mengikuti sekumpulan orang biasa di bandar Haeseong yang agak pelik dan berbeza. Hidup mereka yang tenang tiba-tiba berubah bila mereka mendapat kuasa luar biasa—tapi masalahnya, mereka langsung tak tahu cara nak kawal.

Eun Chae-Ni (Park Eun-bin) ialah wanita yang sering dipandang rendah, namun hidupnya berubah selepas memiliki kuasa istimewa. Dia kemudian terlibat dengan Lee Woon-Jeong, pegawai misteri lakonan Cha Eun-woo.

Bersama, mereka perlu berdepan kesan daripada kuasa yang tak terkawal sambil cuba melindungi bandar mereka. Dengan latar suasana akhir 90-an, drama ini penuh dengan momen kelakar dan menyentuh hati—tentang bagaimana orang biasa pun boleh jadi wira.

5. Fifties Professionals

  • Tarikh Tayangan: 22 Mei 2026
  • Penyiar: MBC, HBO Max Malaysia
  • Genre: Action, Comedy, Slice-of-Life
  • Barisan Pelakon: Shin Ha-kyun, Oh Jung-Se, Heo Sung-Tae

Fifties Professionals bawa kisah aksi komedi tentang kehidupan yang masih penuh cabaran walaupun ketika usia 50-an.

Kisah ini mengikuti tiga lelaki yang dulu legenda dalam bidang masing-masing, tapi kini hidup biasa di pulau terpencil. Jung Ho-Myeong (Shin Ha-kyun) ialah bekas ejen elit NIS yang kini jadi pengurus dapur; Bong Je-Soon (Oh Jung-se) pula bekas “senjata manusia” dari Korea Utara yang hilang ingatan; manakala Kang Beom-Ryong (Heo Sung-tae) ialah bekas gangster yang kini mengurus kedai serbaneka.

Walaupun badan dah tak seperti dulu, mereka terpaksa kembali beraksi apabila rahsia kejadian lama mula terbongkar. Dengan semangat setia kawan, mereka cuba membersihkan nama—dalam perjalanan yang kelakar tapi penuh emosi tentang persahabatan dan perubahan hidup.

6. Reborn Rookie

  • Tarikh Tayangan: 30 Mei 2026
  • Penyiar: JTBC
  • Genre : Mystery, Fantasy, Drama
  • Barisan Pelakon: Lee Jung Young, Lee Ju Myoung, Jeon Hye Jin, Jin Goo, and Son Hyun Joo

Reborn Rookie mengisahkan Kang Yong Ho, pengerusi berpengaruh Choi Sung Group yang dikenali sebagai genius bisnes. Selepas satu kemalangan, jiwanya berpindah ke dalam tubuh pemain bola muda, Hwang Jun Hyun—memaksanya memulakan hidup baharu sebagai pekerja junior dalam syarikatnya sendiri.

Hwang Jun Hyun (Lee Jun-young) ialah pemain bola berbakat besar yang menyasarkan untuk bermain di luar negara, termasuk Premier League. Dengan disiplin tinggi dan sokongan neneknya, dia hampir mencapai impian tersebut.

Namun dengan tubuh atlet dan minda seorang pengerusi, hidupnya kini jadi semakin rumit—terperangkap antara mengejar impian bola sepak atau kembali ke dunia korporat.

29 Korean Dramas That'll Keep You Entertained While You're Social Distancing

Jadi, untuk peminat K-drama, jangan lepaskan peluang untuk layan semua drama terbaru ni!

Sebarang tarikh tayangan mungkin berubah mengikut pihak penyiar, dan kami akan kemaskini dari semasa ke semasa kalau ada update terbaru. Happy watching, gais!