Sung Yoo Bin, Kim Ji Hyun & Kim Tae Hoon Tampilkan Pesona Berbeza Dalam “Still Shining”

Drama terbaharu terbitan JTBC, “Still Shining”, mendedahkan foto-foto terbaharu barisan pelakon pembantu yang bakal menambah warna dalam naskhah ini.

“Still Shining” merupakan sebuah drama tentang anak-anak muda yang suatu ketika dahulu berkongsi dunia mereka sendiri sebelum perlahan-lahan menjadi sumber kepercayaan dan cahaya yang membimbing kehidupan satu sama lain.


Sung Yoo Bin membawakan watak Yeon Hee Seo, adik lelaki kepada Yeon Tae Seo (Park Jinyoung). Dia bekerja di pejabat pos luar bandar dan bertanggungjawab mengasingkan surat-surat. Berbeza dengan abangnya yang pendiam, Hee Seo seorang yang ceria dan mudah mesra.

Walaupun berdepan ketidakselesaan akibat kecederaan pada kakinya, Hee Seo memiliki hati yang hangat dan sentiasa mengutamakan datuk nenek serta abangnya dalam setiap perkara.


Kim Ji Hyun pula melakonkan watak Park So Hyun, rakan perniagaan dan juga kekasih kepada Mo Seon Gyu (Kim Tae Hoon), iaitu bapa kepada Mo Eun Ah (Kim Min Ju).

Sebagai seorang wartawan dari Hawaii, Park So Hyun datang ke Korea Selatan untuk membuat liputan khas. Dalam proses tersebut, dia mula menyimpan perasaan terhadap Mo Seon Gyu, sekali gus mewujudkan hubungan yang secara halus turut melibatkan anak perempuannya, Mo Eun Ah.


Kim Tae Hoon tampil secara istimewa sebagai Mo Seon Gyu, bapa kepada Mo Eun Ah. Selepas perceraian, dia menetap sementara di sebuah pekan luar bandar yang pernah dikunjunginya ketika mengembara dan membesarkan anak perempuannya seorang diri.

Terkenal dengan kemahirannya dalam masakan berasaskan bahan semula jadi, Mo Seon Gyu bertemu Park So Hyun apabila wanita itu datang untuk membuat liputan mengenai masakannya, dan hubungan mereka semakin rapat dari situ.


“Still Shining” dijadualkan bersiaran buat pertama kali pada 6 Mac jam 8:50 malam (waktu Korea) di JTBC.

Bagi peminat global, drama ini turut boleh distrim melalui Netflix pada hari yang sama.


Sumber : 1