SBS Temperature of Love sudah pun berakhir semalam. Rata-rata mengkritik drama ini kerana jalan cerita yang agak perlahan dan kadangkala membosankan, dan ada juga menafikannya mengatakan drama ini tetap menghiburkan mereka dengan jalan cerita yang kadangkala membikin perubahan emosi penonton.
Namun, yang menjadi sasaran seharusnya pelakon Seo Hyun Jin, calon Best Actress 5th CARI Kdrama Awards dan juga pemenang Best Actress Baeksang, yang telah berjaya membuatkan penonton meluat dengan sikap acuh tak acuh nya dalam mempermainkan cinta dua orang lelaki yang suka padanya. Jika anda sudah tonton 17 (34 di korea) episod sebelumnya, pasti terpinga-pinga kenapa Lee Hyun Soo sanggup menolak lamaran Oh Jung Sun (Yang Se Jong) untuk tinggal bersama padahal ini bukan kali pertama Jung Sun berbuat demikian. Jung Sun pernah melamar Hyun Soo pertama kali sebelum Jung Sun berangkat ke Perancis untuk mendalami ilmu masakan. Lee Hyun Soo tidak menjawab panggilan kali terakhir dibuat oleh Jung Sun.
Alasan Hyun Soo pada masa itu ialah Jung Sun masih muda dan dia belum terbuka hati untuk menerima cinta orang yang lebih muda daripadanya. Walaubagaimanapun, selepas 5 tahun berlalu, Hyun Soo akhirnya akur bahawa dia amat merindui lelaki itu dan sebenarnya sudah jatuh cinta kepadanya. Hyun Soo ketika itu turut dilayan baik oleh seorang lelaki merangkap CEO syarikat hiburan ON, Jung Woo (Kim Jae Wook).
Sebaik saja Jung Soon kembali ke Korea, Hyun Soo segera menyatakan isi hatinya yang terpendam selama ini. Mereka ber’dating’ sehinggalah berlakunya fasa ‘break up’ dalam episod 16 (31 & 32 di korea) yakni dinamakan penulis skrip sebagai naik turun atau suhu sesuatu hubungan.
Alasan Hyun Soo kali ini kerana mereka tak sepakat dalam menceritakan secara terbuka tentang hal peribadi masing-masing. Hyun Soo mendakwa Jung Soon terlalu berkeras kepala dan suka menyimpan rahsia sendirian tanpa berkongsi perasaan dengan wanita yang disukainya. Ini membuatkan Hyun Soo berasa tawar hati seketika untuk meneruskan perhubungan mereka. Sementera itu, Jung Woo pula masih melayan Hyun Soo dengan baik dengan mengambil hati ibubapanya sewaktu ibunya terlantar di hospital. Namun, Hyun Soo tetap menolak cinta Jung Woo.
SBS Temperature of Love masih memukau penonton dengan instrumental yang mengasyikkan dan barisan OST yang sayu dan sedap, menjadikannya antara album OST terbaik buat tahun ini. Sinematografi drama ini juga sesuatu yang harus dipuji kerana memamparkan keadaan “Temperature of Love” itu dimainkan.
https://www.youtube.com/watch?v=UOa5FYYPepo
https://www.youtube.com/watch?v=UOa5FYYPepo
Episod-episod terakhir akan menyelami perasaan sebenar Hyun Soo pada Jung Sun samada dia mahu teruskan hubungan mereka ke arah lebih serius. Adakah Hyun Soo akan memilih Jung Woo di saat-saat akhir? Adakah Jung Sun masih menerima Hyun Soo seadanya walaupun direjek berulang kali? Mari tonton episod-episod akhir (19 & 20) menjelang malam ini di cenel Astro ONE HD, 393 jam 7.00 pm.