1. Apakah cara kegemaran anda untuk berehat selepas hari bekerja yang sukar?
-
Park Seo Ham: “Saya biasanya pesan makanan sedap, tonton rancangan kegemaran, dan luangkan masa dengan orang yang saya sayangi. Itu cara saya recharge.”
-
Roh Jeong Eui: “Sama juga dengan saya. Ada keluarga menyambut saya pulang memang memberi rasa tenang. Rasa lega macam dah selesai hari yang panjang dan akhirnya boleh berehat.”
2. Apakah makanan atau minuman keselesaan pilihan anda selepas hari yang panjang dan melelahkan?
-
Bae In-hyuk: “Pizza kegemaran saya. Saya akan order pizza, tonton TV, dan beri diri sendiri masa tenang untuk rehat.”
-
Roh Jeong-eui: “Saya suka shabu-shabu – mula dengan daging, kemudian sayur, mi, dan akhir sekali bubur. Rasa puas hati dan selesa, macam saya betul-betul jaga diri selepas hari panjang.”
- Park Seo-ham: “Kalau penat, saya teringin makanan berminyak, macam ayam atau rusuk lembu pedas.”
3. Apakah lagu atau playlist santai peribadi anda? Boleh kongsikan satu lagu yang anda cadangkan untuk menenangkan fikiran?
-
Bae In Hyuk: “Saya selalu dengar lagu Kwon Jin-ah – muziknya menenangkan dan buat saya rasa tenang.”
-
Roh Jeong Eui: “Saya suka playlist piano – dengar komposisi piano untuk tenangkan fikiran.”
-
Park Seo Ham: “Saya suka minum bir sambil dengar lagu Yoon Do-hyun ‘I Guess I Loved You’ dengan lampu redup.”
4. Adakah anda pernah menjaga anak sebelum ini? Jika ya, boleh kongsikan pengalaman tersebut?
- Bae In Hyuk: “Sepupu saya masih kecil, saya hanya bertemunya waktu cuti, jadi sukar untuk saya kata saya betul-betul menjaganya.”
-
Roh Jeong Eui: “Pernah, saya pernah menjaga anak saudara saya.”
-
Park Seo Ham: “Adik lelaki saya lapan tahun lebih muda – saya lebih banyak bermain dengannya daripada menjaga secara serius..”
5. Bolehkah anda berkongsi satu pesanan atau kata-kata motivasi untuk semua ibu bapa yang bekerja keras serta penonton di luar sana?
-
Bae In Hyuk: “Saya tak tahu sama ada kami layak beri nasihat, tapi saya ingin ucap terima kasih atas kerja keras semua. Cabaran dan kasih sayang yang diberikan pasti bermakna. Anda boleh buat!”
-
Roh Jeong Eui: “Bagi ibu bapa baru, setiap orang masih baru dalam cara mereka sendiri – jadi jangan terlalu menekan diri. Nikmati saat ini sebagaimana adanya, dengan penuh kasih sayang.”
-
Park Seo Ham: “Walaupun saya belum berpengalaman jadi ibu bapa, saya faham cabarannya. Saya hormat semua ibu bapa dan menyokong kalian!”
Jangan lepaskan peluang untuk strim “Our Universe” secara eksklusif di HBO Max dan saksikan kisah percintaan, tanggungjawab keluarga, dan emosi yang menyentuh hati ini.

