Skechers Melantik DK, SEUNGKWAN dan DINO daripada SEVENTEEN sebagai Duta Jenama Serantau BAHARU

Dengan penyertaan DK, SEUNGKWAN dan DINO ke dalam keluarga Skechers, trio ini mengajak peminat untuk ‘melangkah bersama’ sambil mempamerkan bagaimana kasut dan pakaian Skechers yang versatil melengkapi gaya, personaliti serta pergerakan harian mereka di seluruh rantau Asia Pasifik.

Penantian akhirnya berakhir! Skechers, The Comfort Technology Company™ dan peneraju global dalam kasut gaya hidup serta prestasi, secara rasmi mengumumkan DK (@dk_is_dokyeom), SEUNGKWAN (@pledis_boos), dan DINO (@feat.dino) daripada SEVENTEEN sebagai Duta Jenama Serantau terbaharu.

Seiring dengan komitmen Skechers untuk meraikan keunikan individu serta kepelbagaian cara ekspresi diri melalui pergerakan, gaya dan keselesaan, setiap ahli mewakili sisi versatil jenama ini yang berbeza: DK dengan optimisme ceria dan bertenaga tinggi; SEUNGKWAN dengan pesona mesra dan mudah didekati; serta DINO dengan gaya athleisure moden yang berteraskan prestasi. Bersama-sama, mereka menampilkan bagaimana kasut dan pakaian Skechers mudah dipadankan dengan pelbagai personaliti, gaya hidup dan citarasa fesyen.

Pelantikan ini menyaksikan trio tersebut membawa aura bintang mereka ke kempen Skechers akan datang di pasaran utama Asia-Pasifik, termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong, Macau, Thailand dan Vietnam.

Dengan DK, SEUNGKWAN dan DINO di barisan hadapan, Skechers bersedia menyemarakkan tahun 2026 dengan tenaga segar dan penuh keceriaan – menjanjikan pelbagai detik menarik yang bakal tiba! Keserasian semula jadi, sinergi tersendiri dan semangat ceria “let’s go!” mereka selari dengan misi Skechers untuk memberi inspirasi kepada pergerakan, kegembiraan dan ekspresi diri ketika melangkah yakin ke tahun 2026.

“Saya suka kekal aktif dan membawa tenaga positif dalam setiap perkara yang saya lakukan, sama ada ketika membuat persembahan, bermain sukan kegemaran, atau meluangkan masa bersama CARATs. Skechers seiring dengan semangat itu melalui kasut yang selesa, bergaya dan sesuai untuk pelbagai aktiviti. Saya teruja untuk berkongsi optimisme ini menerusi kolaborasi kami, dan berharap ia memberi inspirasi kepada semua untuk bergerak, bermain dan menikmati kehidupan sepenuhnya,” kata DK, Vokalis Utama SEVENTEEN.

“Peminat sentiasa menjadi motivasi terbesar saya, dan saya suka berkongsi gelak tawa serta momen indah bersama mereka. Menyertai Skechers terasa begitu semula jadi kerana jenamanya sendiri menyeronokkan dan penuh tenaga – sama seperti cara saya berhubung dengan orang ramai. Saya tidak sabar untuk mencipta kenangan bermakna bersama Skechers dan menghadirkan senyuman kepada CARATs di mana-mana,” ujar SEUNGKWAN, Vokalis Utama SEVENTEEN.

“Pergerakan adalah sebahagian besar daripada diri saya, sama ada di atas atau di luar pentas. Saya sentiasa mencari kasut yang mampu mengikuti tahap tenaga saya sambil kekal bergaya, dan Skechers memenuhi keperluan itu dengan sempurna. Saya sangat teruja untuk mewakili jenama yang sesuai dengan gaya hidup saya, dan tidak sabar untuk berkongsi tenaga ini bersama CARATs! Saya harap semua orang seronok melihat bagaimana kami membawa gaya, keseronokan dan keterujaan dalam setiap detik bersama,” kata DINO, maknae SEVENTEEN dan Penari Utama kumpulan itu.

“Di Skechers, misi kami sentiasa untuk membantu orang ramai tampil bergaya, berasa hebat dan bergerak melalui kehidupan dengan penuh keyakinan. Menyambut DK, SEUNGKWAN dan DINO daripada SEVENTEEN ke dalam keluarga Skechers sebagai Duta Jenama Serantau merupakan detik yang amat mengujakan buat kami di Asia Tenggara. Bakat, keikhlasan serta kebolehan mereka untuk berhubung secara semula jadi dengan peminat selari sepenuhnya dengan semangat Skechers. Kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk mendekati komuniti baharu secara autentik dan bermakna, sambil terus memacu pertumbuhan di pasaran utama Asia-Pasifik. Kami percaya ini juga menandakan permulaan yang kukuh untuk tahun 2026, dan kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak produk, aktiviti serta pengalaman bermakna kepada peminat dan pengguna,” kata Zann Lee, Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara.

 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, DK, SEUNGKWAN dan DINO akan tampil dalam kempen pemasaran akan datang bagi koleksi utama Skechers, termasuk Skechers Hands Free Slip-ins®: GOwalk® Max Cushioning® Flex, Skechers Street™ UNO Ryze, Skechers GOrun Consistent Pro, Skechers Hands Free Slip-ins®: Max Cushioning® Glide-Step®, Skechers Hotshot, serta Skechers Lifestyle and Performance Apparel.

Di Malaysia, Skechers boleh didapati di 114 kedai fizikal, selain platform dalam talian di skechers.com.my, Shopee dan Lazada.