KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025 — Acara iQIYI Starship 2025 Malaysia melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Kuala Lumpur, menampilkan Duta Global iQIYI International, Chen Zheyuan, yang memukau media dan peminat dengan kehadirannya. Sidang media sebelah petang menarik lebih 100 wakil media tempatan, manakala acara malam di Pavilion KL dibanjiri penonton hingga memenuhi empat tingkat pusat membeli-belah tersebut.
Ini merupakan penampilan sulung Chen di Malaysia sebagai Duta Global iQIYI International. Beliau menyatakan bahawa sambutan hangat peminat sejak tiba di lapangan terbang sangat menyentuh hatinya.
“Saya sangat penat ketika mendarat, tetapi melihat tenaga semua orang membuatkan semuanya berbaloi,” katanya.
Dalam sidang media, Chen berkongsi tentang tugasnya sebagai duta global dan hasratnya untuk memperkenalkan budaya Cina kepada penonton antarabangsa melalui karya berkualiti.
“Keindahan menonton drama ialah dapat mengenali budaya dan kisah dari tempat yang berbeza. Kepelbagaian inilah yang menarik perhatian penonton seluruh dunia,” jelas beliau.

Beliau juga mendedahkan sebab memilih profesion lakonan:
“Lakonan membolehkan saya merasai kisah dan kehidupan yang berbeza. Saya sangat teliti dalam memilih skrip—saya perlu tersentuh dahulu sebelum dapat menyampaikannya kepada penonton.”
Ketika ditanya mengenai wataknya dalam Fated Hearts (一笑随歌), Chen tersenyum dan berkongsi bahawa watak tersebut membolehkannya “membesar”, daripada remaja ceria menjadi seorang putera yang lebih matang dan tegas.
“Saya sentiasa memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap watak, berharap lakonan saya dapat menyentuh perasaan semua orang,” tambah beliau.
Chen menegaskan bahawa itulah tujuan utama projek Starship:
“Karya yang baik mampu menembusi sempadan. Itulah misi Starship — membawa karya hebat kepada penonton global.”
iQIYI Malaysia Catat Peningkatan Minat Terhadap Drama Cina (C-Drama)
Dinesh Ratnam, Pengarah Urusan Kanan iQIYI untuk Malaysia, Indonesia, dan Singapura, menyatakan bahawa tontonan C-Drama di Malaysia meningkat ketara sepanjang tahun, merangkumi semua lapisan kaum. Beliau turut berkongsi bahawa trend carian Google untuk “C-Drama” menunjukkan peningkatan konsisten, membuktikan pengaruh kandungan Cina semakin meluas di peringkat global.
“Projek Starship merupakan usaha penting dalam globalisasi kandungan berbahasa Cina. Melalui acara imersif dan interaksi selebriti, kami berjaya membawa peminat lebih dekat dengan dunia C-Drama. Kami sangat berbesar hati menyambut Chen Zheyuan ke Malaysia, menandakan komitmen iQIYI terhadap pasaran ini,” katanya.

iQIYI Malaysia turut mengumumkan bahawa drama popular Fated Hearts (一笑随歌) telah dinobatkan sebagai “Drama Cina” Paling Ditonton di iQIYI Malaysia 2025”. Dinesh turut menyampaikan sejambak bunga kepada Chen sebagai tanda penghargaan.
Acara Malam Diserbu Peminat — Chen Zheyuan Ucap “Aku Cinta Padamu”
View this post on Instagram
Acara malam di Pavilion KL menarik ribuan penonton. Lebih 300 ahli iQIYI Tahunan VIP terpilih memasuki Zon VIP Khas untuk pengalaman eksklusif dan interaksi dekat bersama Chen.
Acara dimulakan dengan persembahan bertenaga oleh Layla Sania dari Malaysia dan Yenny (Fu Yaning) dari China. Chen membuat kemunculan bergaya di tengah sorakan penonton dan mengucapkan:
“Aku Cinta Padamu!” — mencetuskan jeritan sorakan seluruh kawasan.
Beliau melayan penonton dari setiap sudut pentas dan memberi ruang untuk mereka merakam gambar dengan jelas. Dalam sesi interaksi, Chen berkongsi bahawa beliau akan menjalani rawatan untuk kecederaan tulang selangka semasa waktu rehat akan datang.
Kehadiran Diraja & Momen Mengharukan Bersama Penonton

Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran YAM Tengku Zatashah, yang hadir ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada Chen. Baginda berseloroh bertanya makanan Malaysia apa yang ingin dibawa pulang, dan Chen memilih ‘Cham’:
“Ia nampak sangat sedap, dan namanya hampir sama seperti nama Inggeris saya — Chen!”
Salah satu momen paling menyentuh hati adalah apabila skrin besar menayangkan video dari kelab peminatnya, diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Tong Hua (Fairy Tale). Chen turut memenuhi permintaan penonton, membaca surat, dan menyertai permainan seperti Batu Seremban serta cabaran makanan Malaysia bersama Layla, Koe Yeet, Alex, dan Ashh Ahmad. Selepas kalah, beliau dengan sporting menjalani hukuman tiga pose comel, mencetuskan gelak tawa penonton.
View this post on Instagram
Beliau menutup acara dengan ungkapan yang mencuit hati penonton:
“Jom Mamak!”
Fenomena Bintang Muda di Asia Tenggara

Dengan lakonan cemerlang dalam Fated Hearts, The White Olive Tree, dan beberapa drama popular lain, Chen Zheyuan muncul sebagai salah seorang pelakon muda paling menonjol di Asia. Karisma dan sifat merendah dirinya menawan hati peminat, khususnya di Malaysia, yang merupakan salah satu komuniti peminat Chen paling aktif.
Melalui kedua-dua acara — sidang media dan sesi bertemu peminat — iQIYI terus mengukuhkan kedudukannya dalam memajukan hiburan berbahasa Cina di Malaysia dan rantau ini. Gabungan kandungan berkualiti, pengaruh selebriti, dan pengalaman interaktif memperkukuh posisi iQIYI dalam membawa drama Cina ke peringkat antarabangsa.
Untuk lebih banyak perkongsian tentang Chen Zhe Yuan di Kuala Lumpur , jangan lupa Follow dan Like KMania di Facebook, Twitter, Instagram , TikTok dan Youtube.!

