Seoul International Drama Awards 2025 Umum Calon Bagi Kategori Pertandingan Antarabangsa

Seoul International Drama Awards 2025 (Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2025) secara rasmi telah mengumumkan calon-calon bagi kategori International Competition (Pertandingan Antarabangsa) tahun ini!

Pada 6 Ogos, Jawatankuasa Penganjur Anugerah Drama Antarabangsa Seoul memaklumkan bahawa sebanyak 24 buah karya dan 32 individu telah dicalonkan dalam kategori program dan anugerah individu. Kesemua calon dipilih daripada 276 penyertaan yang dihantar dari 50 buah negara dan rantau, selepas dinilai oleh panel juri antarabangsa.

Berikut ialah senarai drama Korea dan pelakon tempatan yang dicalonkan:


🏆 Kategori Pertandingan Antarabangsa

Pengarah Terbaik

  • Kim Won Seok – When Life Gives You Tangerines

  • Lee Jin Ah – To My Lonely Sister

Penulis Skrip Terbaik

  • Soo Hugh – Pachinko 2

  • Lim Sang Choon – When Life Gives You Tangerines

Pelakon Wanita Terbaik

  • Kim Da Mi – Nine Puzzles

  • Kim Jung Young – O’PENing: My Trouble-Maker Mom

  • Kim Min Ha – Pachinko 2

Drama Mini Terbaik

  • Pachinko 2

  • Hyper Knife

Filem TV Terbaik

  • To My Lonely Sister

  • O’PENing: Our Beautiful Summer

  • O’PENing: The Son

  • O’PENing: Unbalanced Love

Siri Drama Terbaik

  • For Eagle Brothers

Pemenang bagi Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2025 akan diumumkan pada bulan September.
Majlis anugerah rasmi pula akan disiarkan pada 2 Oktober jam 5:50 petang (waktu Korea) menerusi saluran SBS dan turut ditayangkan secara langsung melalui saluran YouTube rasmi Anugerah Drama Antarabangsa Seoul.

Sumber : 1