Drama baharu terbitan JTBC, The Nice Guy, telah mendedahkan poster rasmi menampilkan watak utama lakonan Lee Dong Wook!
Drama noir ini mengisahkan Park Seok Chul (Lee Dong Wook), cucu sulung kepada keluarga gangster generasi ketiga yang secara luarannya kelihatan keras, tetapi menyimpan hati yang murni. Kisah hidupnya berubah apabila dia bertemu semula dengan cinta pertamanya, Kang Mi Young (Lee Sung Kyung), seorang wanita yang menyimpan impian untuk menjadi penyanyi.
Poster terbaharu The Nice Guy memaparkan watak Park Seok Chul duduk seorang diri dalam gerabak tren bawah tanah yang sunyi. Pandangannya kelihatan kosong, manakala wajahnya dipenuhi parut — seolah-olah mencerminkan kehidupan seorang gangster yang penuh dengan pergelutan dan luka emosi.
Teks pada poster berbunyi, “Tak mengapa kalau hidup aku sedikit musnah”, sekali gus membangkitkan persoalan: Apakah yang sanggup dikorbankan oleh Park Seok Chul demi sesuatu yang penting dalam hidupnya? Dan apakah kisah silam yang membentuk dirinya hari ini?
Pihak produksi berkata:
“Perjalanan Park Seok Chul untuk mencari makna hidup dan cinta — walaupun hidupnya penuh cabaran — akan menyentuh hati penonton dengan kisah yang menyedihkan tetapi penuh harapan. Nantikan lakonan hebat Lee Dong Wook dalam drama noir yang penuh emosi, dari adegan aksi yang mendebarkan hinggalah momen romantik yang mendalam.”
The Nice Guy akan mula disiarkan pada 18 Julai jam 8:50 malam (KST). Dua episod akan ditayangkan setiap hari Jumaat, menandakan permulaan slot drama baharu “Rangkaian Drama Jumaat JTBC” di JTBC.
Sumber : 1