Yoo Ah In, seorang pelakon muda lelaki yang berbakat, melahirkan rasa kekesalannya pada netizen yang mempersoalkan ucapan takziah dilakukannya ke atas mendiang Kim Joo Hyuk. Ucapan takziah berbunyi begini , “R.I.P dan takziah daripada rakanmu, Yoo Ah In” disertakan dengan lagu “Condolence” nyanyian Benjamin Clementine dari album At Least For Now. Perletakan lagu yang berbentuk melankolik dengan lirik yang sangat meruntun kalbu ini di dalam instagram nya menunjukkan Yoo Ah In betul-betul terkesan dengan kematian mendiang Kim Joo Hyuk yang merupakan rakan pelakon ini semasa mereka menjalani penggambaran bersama untuk filem “Like for Likes”. Namun, kemudiannya, netizen mempersoalkan keikhlasan Yoo Ah In kerana memaparkan artikel dikatakan berbaur tidak sensitif pada mendiang Kim Joo Hyuk lalu menyebabkan Yoo Ah In memadamkannya.
https://www.youtube.com/watch?v=6DU6lDPs-AQ
Berang dengan kenyataan netizen tersebut, Yoo Ah In memuatnaik kapsyen berbunyi “Hate me, I Love You” disertakan dengan mesej bermakna di laman instagram nya.
https://www.instagram.com/p/Ba3oc7xF6IK/
“Laman sosial, sepatutnya menghubungkan orang yang terpisah menjadi ‘satu’. Mari kita gunakannya dengan betul. Di sebalik kebencian, sebarkan kasih sayang. Di sebalik keraguan, sebarkan kepercayaan. Di sebalik kepalsuan, sebarkan kebenaran. Maka, kita dapat memahami, kenali dan menerima kekurangan diri seterusnya saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.”
Kim Joo Hyuk meninggal dunia semalam akibat kemalangan yang meragut nyawanya semasa dikejarkan ke hospital. Berbagai selebriti mengucapkan ucapan takziah termasuklah pelakon Moon Geun Yong, merupakan sahabat baik beliau. Pelakon Lee Yo Yeong yang terkejut dengan berita kematian kekasihnya, terpaksa membatalkan penggambaran program realiti tv Running Man dan berkejar ke hospital.
Sumber: instagram Yoo Ah In, etoday