Pelakon Kim Joo Hyuk meninggal dunia akibat kemalangan

Kim Joo Hyuk bersama gadis yang cintainya,Lee Yu Yeong juga merupakan seorang pelakon.

Kim Joo Hyuk, 45, terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya apabila kereta Mercedes-Benz yang dinaikinya terbabas melanggar tangga berdekatan dengan apartment lalu terbakar. Kim Joo Hyuk disahkan maut setelah cuba diselamatkan semasa dikejarkan ke Konkuk University Medical Center.

Kim Joo Hyuk baru saja selesai berlakon sebagai wartawan dalam drama tvN Argon yang disiarkan pada bulan September lepas. Kelmarin, beliau turut memenangi anugerah Best Supporting Actor di Seoul Awards menerusi filem Confidential Assignment.

Pelakon ini juga turut dikenali menerusi drama SBS Lovers in Prague bersama Jeon Do Yeon hasil karangan penulis skrip Kim Eun Sook sehingga menyebabkan beliau meraih Best Actor TV Paeksang. Beliau juga pernah terbabit sebagai pendukung program realiti tv KBS 2 Days 1 Night untuk musim ke-3 yang lepas.

Dalam pada itu, pihak agensi Kim Joo Hyuk cuba untuk mendapatkan pengesahan tentang kematian Kim Joo Hyuk.

Sumber: koreaherald

loading...